Thursday, October 24, 2013

Lencana Dan Lambang PUSASDA


Lambang PUSASDA
HIJAU
Melambangkan Agama Islam
PUTIH
Melambangkan Disiplin

KUNING
Melambangkan Diraja

HARIMAU BERJUANG
Melambangkan haiwan tempatan (Harimau Malaya) dikenali Raja Belantara, Haiwan pintar, bergerak senyap tanpa disedari, berani dan gagah perkasa.  Menurut lagenda hulubalang Melayu, harimau dijadikan sebagai pengawal untuk mengawal pos.

MAHKOTA BERSENDI LIMA
Melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu mesti dipertahankan.  Sendi Lima melambangkan Agama Islam yang wajib dipertahankan, dijunjung serta dipatuhi.

KERIS TERHUNUS BERSILANG
Melambangkan senjata tradisional orang-orang Melayu yang telah terbukti keberkesanannya sejak berzaman.  Keris terhunus dengan bersilang dengan sarung melambangkan Askar Melayu yang siap sedia untuk mempertahankan ketuanan Melayu dengan penuh azam dan bersemangat perwira.

LAMBANG BULATAN
Melambangkan sebuah negara dinamik, universal dan berdaulat.  Terdapat dua harimau ciri-ciri Askar Melayu dalam keadaan siap sedia dan rela berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara.

Sumber : Buku Cenderamata

MP : Live for nothing die for something.......
       Buat para perajurit muda yang mengikuti latihan di PUSASDA mesti ingat lambang ini.