Thursday, October 17, 2013

Majlis Hari Jadi Bulan Oktober Di Kampung




Malam ahad lepas ada sambutan harijadi untuk 2 orang adik lelakiku dan 3 orang anak buah di kampung.  Yang lahir bulan Oktober sahaja disambut dan ada acara 

potong kek dan makan-makan yang amat mengenyangkan sampai dah tak larat lagi kita orang.....Menunya satay, mee hon sop, nasi impit dan buah-buahan......

Malam tu aku kena buat kuah kacang dan adik beradik aku menanak pulut kuning dan rebus nasi impit dan ketupat daun palas untuk kenduri rumah baru adik aku pada keesokkannya.....
Jom layan gambar makanan yang sempat aku uploadkan di sini.....



MP : Mood penat + happy......