Tuesday, October 22, 2013

Sembonia Lagi......


Semalam aku ke Aeon Jaya Jusco di Bandaraya Melaka. Memang sekarang ada sale di sana. Niat tu nak cari kasut untuk dipakai ke office @ ke mana jua....

Kasut aku yang lama aku beli yang harganya mampu milik dah tercabut talinya, so perlu dibuang. Nasib baik ada kasut spare kat dalam kereta masa kejadian itu, ia berlaku di depan Mahkota Parade. Malu ehhhh...Malas nak cerita kisah kasut yang terputus hari tu.....
Harga kasut Sembonia ini tak ler mahal sangat dalam RM 39.90 sahaja.  Masa nak bayar aku guna voucher Aeon Jaya Jusco yang bernilai RM 10, bila lagi nak guna nanti expired pulak....Memang banyak sale kasut di sana, tetapi kalau dah suka brand Sembonia, sambar ler cepat nanti tak der size....kempunan....
Masa Hari Raya Aidilfitri lalu sembonia menjadi pilihan, bermakna ini kali ke dua aku membeli kasut Sembonia......

MP : My husband pesan beli ler kasut mahal sikit jangan beli yang murah sebab kualitinya nan ado...hampeh...Alah membeli menang memakai.....