Monday, November 25, 2013

Apa Itu Kuih Campiang ?

Keywords
Hits
cara buat inti kuih campiang
2


Keyword cara buat inti kuih campiang naik kat blog aku.  Tak pernah aku dengar kuih campiang.  Apa itu Kuih Campiang ? Sebenar ejaannya Cempiang bukannya campiang.



Kuih Cempiang - picture from google

So setelah aku google, baru aku tahu kuih cempiang tu.  Kuih ini berasal dari Sabah? Cara buatnya sama seperti donut tetapi perlu ada inti di dalamnya.  Meh sini aku berikan resepi kuih cempiang......macam sedap jer.....


Bahan-bahan ( 10 orang )

Bahan- bahan untuk adunan:
tepung gandum 1kg
1 senduk minyak masak boleh digantikan dengan planta.
air suam 1 gelas
ranggi 5 gram
garam 1 sudu teh
gula 1 senduk
Bahan-bahan untuk corak bulatan:
kari cap 888 ataupun menggunakan serbuk rempah yang boleh dibuat sendiri iaitu ( bunga cengkih. kayu manis dan bunga lawang yang di belenda halus)
gula 3 sudu makan
garam dan perasa 1 sudu teh
kicap pekat secukup rasa

Cara-cara
1.  mula-mula campur kesemua adunan dan gaul sehingga adunan menjadi doh dan boleh dibentuk.dan dibiarkan selama 45 minit.
2.  untuk corak bulatan, campurkan semua bahan-bahan dan pastikan ianya pekat kerana ia akan menjejaskan adunan kuih apabila digoreng sekiranya terlalu cair.
3.  kemudian uli adunan berselang seli dengan corak bulatan. kaedah seperti membuat kek roll.

4.  setelah itu potong adunan mengikut saiz kegemaran anda dan goreng seperti biasa.....

Kredit : resepi 
Kat sini dan sini pun ada resepi kuih cempiang.

MP : Tanya anak kat Sabah, tapi dia tak tahu kuih cempiang....