Tuesday, November 5, 2013

Budget...Budget...Budget...


Mulai awal November 2013 setelah pembentangan budget banyak harga barang telah naik, itu mengikut kata kawan-kawan dan aku pun terasa dengan peningkatan harga ini.  

Semalam aku minum pagi di Tesco, sebelum ini air teh O panas yang aku minum hanyalah RM 1.00 secawan, tapi semalam dah naik 0.20 sen ...(siap aku sound budak jual air tu apasal air teh o panas pun naik harga 0.20 sen ?)  Ini yang aku tak faham.....ada beberapa harga makanan dan minuman yang telah naik agak tak logik.  Takkan gula dihapuskan subsidinya maka segala yang berkaitan dengan gula akan turut terkena tempiasnya.


Itu aku belum gali mengenai GST yang akan bermula pada 1 April 2015.  Banyak pro dan kontra.  Kebanyakan peniaga telah menaikkan harga minuman dan makanan, kita sebagai pengguna seharusnya mempergunakan hak kita dengan sewajarnya.  Mana yang naik harga sesuka hati tu aku nak kena pangkah macam ini X......

MP : lebihkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman.....