Saturday, November 2, 2013

'JEP' Juara Super Spontan 2013

Sumber
Tahniah....akhirnya Jep telah berjaya memenangi takhta 'JUARA' SUPER SPONTAN 2013 malam tadi.  Jep telah memenangi wang berjumlah RM 100,000.00, sebuah kereta Nisan Sylphy dan piala.

Tahun ini rezeki Jep lagi setelah memenangi anugerah pelawak lelaki paling popular di Anugerah Lawak Warna.  
Final Super Spontan malam tadi memang paling best dan diadakan di Dewan Kenangan MPSP Sungai Petani, Kedah dalam suasana yang penuh meriah dan sporting.  Untuk makluman Juara Super Spontan 2012 lalu telah dimenangi oleh Zizan.

MP : Nak pecah perut tengok gelagat peserta super spontan masa sessi 'maju mundur'....