Tuesday, November 19, 2013

Kenderaan Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Akan Dilupuskan


Source from google - Naik basikal ler lepas nie......

Melalui Buletin Utama TV3 tadi Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan kerajaan tiada cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia lebih 12 tahun.  
Sekiranya ia dilaksanakan pelbagai impak ekonomi dan sosial  terhadap orang ramai akan terjejas lebih-lebih lagi pada golongan tertentu.  Bagi aku ada pro dan kontra untuk melaksanakan cadangan ini.  Antaranya dengan memberi perhatian kepada tangga gaji seperti di negara-negara maju dan taraf hidup lebih baik diberi pada rakyat; seperti melupuskan cukai jalan dan mengurangkan cukai kenderaan import supaya ia lebih berdaya saing dengan kenderaan buatan tempatan.

Kalau ler ia dilaksanakan aku percaya ramai daripada kita yang mempunyai kenderaan berusia lebih 12 tahun (macam kereta yang aku miliki) akan terjejas teruk.  Tiada ler lagi syarikat-syarikat kenderaan terpakai yang beroperasi dan menjejaskan peluang pekerjaan. Pada masa akan datang kerajaan harus memikirkan mekanisme dalam melaksanakan signifikan dengan cara yang terbaik.

MP :  Kalau gaji lebih RM 20,000....apa pun boleh......