Sunday, November 3, 2013

Macam-Macam Ada Di ASTRO Bila Bil Naik


Astro
Bil astro naik lagi untuk kesekian kalinya.....ntah tak tahu ini kali ke berapa naik....tapi aku memang tak puas hati dengan kenaikan ini.  Jujurnya aku bukan suka-suka nak pasang astro
tapi kat rumah, aku tak guna antenna tv so kena cari source yang lain untuk menyenangkan aku sefamily menonton tv pilihan.  Apa guna beli tv mahal-mahal tapi gambar tak clear so pilihan terakhir terpaksa aku pasang ASTRO sekali lagi aku ulang TERPAKSA PASANG ASTRO....
Astro membuat kenaikan harga yang drastik selepas BUDGET 2014....tahu tak kenapa aku tak setuju :-

1.  Rancangan astro banyak yang diulang-ulang...asyik-asyik cerita yang sama beratus kali...choiiiii...
2.  Pakej Mustika HD asyik cerita dari negara Amerika Latin sepatutnya pakej yang ada biarlah berbaloi dengan wang ringgit yang dilanggan.
3.  Masa hujan siaran astro nan ado..tak boleh tengok kena tutup tv.
4.  Bil yang aku terima, nama yang tertera kat bil salah spelling nama aku salah ditaip bukan sekali tetapi dah berbulan-bulan sama jer, bila aku komplen customer service cakap ok dah diperbetulkan, sampai la nie ejaan nama aku tak betul...chooiii...
5.  Kalau ada membuat penyambungan semula akan dicaj sebanyak Rm 20 begitu juga ada caj-caj tersembunyi yang mengelirukan dan tak boleh diterima oleh customer, tetapi kita terpaksa membayarnya walaupun dah disumpah seranah oleh berjuta-juta customer...amik ko

So kerajaan seharusnya menjalankan siasatan terhadap service yang diberikan oleh Astro....perkhidmatan biarlah memberi kepuasan buat pengguna.
Klik  Astro untuk maklumat lanjut.

MP : Ingat nak tukar piring terbang lain kalau boleh, lagi banyak channel dapat satu dunia boleh tengok......