Tuesday, November 19, 2013

Majlis Konvokesyen Tadika Pasti

Majlis Konvokesyen Pasti Berpusat

Minggu lepas merupakan minggu akhir persekolahan pada tahun 2013 ini.  Pihak Tadika Pasti telah mengadakan Majlis Konvokesyen Pasti Berpusat mengikut zon, majlis berlangsung di Tadika Pasti Pernu Teluk Mas Melaka.  


Menuju ke pentas utama untuk mengadakan persembahan

Aku telah mengambil cuti setengah hari bagi memberi sokongan kepada Majlis Konvokesyen yang dihadiri oleh 4 buah sekolah, lagi pun tahun ini anak aku last sekolah di Tadika Pasti Al-Usrah Tengkera.  Ini first time aku pergi ke tempat majlis berlangsung, so pagi-pagi dah sesat terlajak jalan masuk ke kawasan industri Teluk Mas.....(nasib baik jumpa akhirnya....)
Sampai di sana orang masih belum ramai lagi.  Kelihatan pelajar Tadika Pasti ditempatkan di dalam kelas untuk dipakaikan jubah bagi menerima sijil masing-masing.  Majlis dimulakan dengan pantun oleh pengerusi majlis dan seterusnya ucapan dari Pengerusi PASTI.

Para pelajar mengadakan persembahan

Sebelum acara penyampaian sijil ada cara persembahan dari pelajar-pelajar Tadika Pasti dan sememangnya anak aku pun terlibat sama.  Zaman sekarang memang dah jadi tradisi dari peringkat tadika sehinggalah ke sekolah menengah ada majlis graduasi di sekolah masing-masing.  Zaman aku dahulu mana ler ada majlis sebegini.  Bagi aku majlis ini membangkitkan semangat pelajar untuk belajar dan spirit memakai jubah tu yang amat menarik sekali.

Anak aku mengambil sijil semasa majlis graduasi - sukanya dia ....

Selesai majlis konvokesyen ada jamuan makan yang disediakan untuk para ibu bapa yang hadir.  Menunya nasi bersama lauk ikan pari + kari daging; air soya + air sirap; kuih karipap. Sebelum balik para pelajar Tadika Pasti diberi beg yang mengandungi sijil dan gambar graduasi mengikut sekolah masing-masing.


MP :  Lepas ini anak aku akan masuk ke darjah satu di MGS Tengkera......