Beli Peralatan Sekolah, Saudara Meninggal & Kenduri Kahwin


Danbo found a guitar
sekadar hiasan

Hujung minggu lepas memang teramat sibuk dari petang sabtu menganjak ke malam ahad. Pelbagai perkara telah berlaku dan perlu menghadiri pelbagai majlis.
Beli Peralatan Sekolah
Balik dari kerja sabtu lepas aku pergi ke Tesco untuk membeli peralatan sekolah anak-anak. Dorang dah bising....bila lagi nak pergi beli.  Ramai juga parent yang membeli peralatan sekolah di sana.  Hanya dapat beli 2 set baju sekolah my girl yang nak masuk darjah satu, baju abangnya nanti ler beli....cari yang penting dulu.  Nak beli baju melayu putih tapi dah habis.  Baju sekolah brand apa ntah ada discount 30 %...berbaloi...kainnya pun cantik dan licin.....

So lepas tu bergegas ke Aeon Jaya Jusco hanya terletak bersebelahan Tesco Peringgit jer. Di situ beli 2 set kasut sekolah my girl, kasut Barbie dan B-first.  Apasal lain brand kasut sekolah nie?  My girl memang nak kasut Barbie yang mahal tu, kalau beli awal-awal dapat beg Barbie warna pink,tapi bila tanya dah habis beg tu.  Kasut Barbie tu memang cantik jer (size 12)....mahal tu (RM 28.00++....) So kasut ke dua beli ler yang murah sikit kasut sekolah B-first yang nampak gegirl sikit dalam (RM 19.99) jer...saiz 13....besau sikit...(malam tadi pergi lagi ke AEON untuk tukar size 12, nasib baik ada lagi size tu....) yang penting rumah dekat dengan town memang senang sikit nak pergi shopping mall.
Abangnya pula aku beli kasut B-10 yang dapat discount 20 %, kalau beli awal-awal pun dapat beg Ben-10 tapi dah habis stok jugak......Stokin pun nak Ben-10 jugak...beli ler 3 pasang dalam RM 13.90 dan stokin Barbie dalam RM10.90.  

Petang semalam singgah kat kedai Pakaian Hari-Hari beli baju melayu putih sepasang, sampin warna hitam, seluar sekolah warna biru, anak tudung dan beg sekolah my girl warna purple lagi, habis ler juga hampir seratus. Banyak lagi nak kena beli ikut budget jugak. Nanti next week beli lagi mana yang tak cukup.

Saudara Meninggal
Lewat petang sabtu dapat call ada saudara meninggal kat rumah mak mentua, so malamnya kita orang pergi ler melawat.  My hubby jer yang singgah kat rumah tu sebab yang meninggal nie lelaki, aku dok kat rumah my mentua ...maklum ler rumah bersebelahan jer....Pagi ahad baru dikebumikan....

Kenduri Kahwin
Tengahari semalam kita orang pergi ke rumah kenduri kahwin di Taman Serkam Jaya, adik kawan my hubby yang kahwin.  Cantik baju kahwin dorang, gambar tak ambil sebab my handphone yang canggih nie dah problem so guna handphone lain, macam malas jer nak ambil gambar.  Time cuti sekolah nie memang ramai yang buat kenduri kahwin, minggu ini pun ada jemputan kenduri kahwin di Bukit Beruang, Melaka.

Selepas kenduri singgah jenjalan di Pulau Melaka, nampak projek Eye On Malacca tengah rancak berjalan....lepas tu shopping peralatan sekolah anak lagi.....

Hope uolls suka membaca coretan ini.....rasa penat minggu nie, tu yang tak der entry dan blogwalking ke blog uolls....malam tadi baru nak start nak blogwalking........


MP : Malam tadi pula prepare bungkusan untuk anak di Kem Sri Kinabatangan Sandakan Sabah.  Kirim baju dan barang sikit untuk anak menggunakan Pos Laju, pagi nie bergegas balut bungkusan dan terus pos.  May be hari Rabu baru terima......

Comments

Popular posts from this blog