Kompeni Charlie Naib Johan Dalam Pertandingan 22 Challenge


Sampai saat ini dan ketika ini line internet kat rumah aku tak ok lagi.  Tak tahu ler bila boleh aku guna kembali line internet.  Banyak perkara yang tertangguh bila tiada line internet.
Hari selasa 24/12/2013 yang lepas my son telah menyertai pertandingan 22 challenge 2013 di Kem Sri Kinabatangan 22 RAMD, Kompeni charlie yang dianggotainya telah mendapat Naib Johan.  Kompeni yang turut serta ialah Kompeni Alpha, Bravo, Charlie, Bantuan dan Markas. 

Bukan senang challenge kali ini, mengikut kata my son kena pikul senjata gpmg, tarik water trailer, pikul bot tempur dan lalui halangan seperti latihan di PUSASDA. Semua halangan diikuti....(penat macam nak mampuih...) Tahu tak water trailer tu macam mana? Aku pun tak tahu jugak, tapi my son cakap water trailer macam tempat letak mortar 81mm, bayangkan bagaimana nak tarik water trailer tu......Lepas tu nak pikul senjata GPMG lagi...berat tu....! Pikul bot tempur tu aku dah tengok masa di PD dulu.  Apa yang penting KERJASAMA........!
Senjata GPMG : sumber google

Oleh kerana kompeni dia dah menang, OC bagi stand down tak perlu baris apa-apa sampai hujung tahun ini. chaiyok...chiyok.....TAHNIAH.....! I'M PROUD WITH YOU....!

MP : Dah hujung tahun ini memang agak busy.......

Comments

Popular posts from this blog