Tuesday, December 3, 2013

Pengguna Harus Buat Pilihan Yang Bijak

Mee goreng

Semenjak harga barang naik sebagai pengguna kita harus bijak menilai dan membeli dengan berbaloi. Macam pagi yang dingin ini aku ke kedai untuk membeli sarapan.  Saja jer try kedai A yang agak mahal...(mula-mula jer murah...promosi kot).  Mee goreng yang aku beli macam dalam gambar tu berharga RM 2.50...Agak-agak ko puas hati tak?  Tentunya takkannnnnn.......

Sebabnya dengan mee goreng yang sedemikian aku boleh dapat di kedai B (RM 2.00) dan kedai C (RM 1.50) jer....so apa yang mahal sangat kedai nie...? Udang dan sotongnya yang letak lebih @ apa......? Kedai lain pun sama lagi sedap aku rasa. Tu belum letak telur mata lagi, ada kedai caj 0.70 @ 0.50...tak faham aku.  Sebagai pengguna kita cari kedai yang harga makanannya masih lagi murah dan berbaloi-baloi untuk dibeli.  Semasa aku lalu di kedai B tak jauh dari kedai A, kelihatan ramai orang sedang bersarapan di situ, ini menujukkan biar harga berbaloi dan puas hati pengguna, jangan harga mahal tapi masakan entah apa-apa.

Kita kena pandai mencongak, biasanya budget untuk makan sebulan dalam RM 150++ tapi bila harga makin naik menganjak ke RM250++...(nie kalau yang tak buat sarapan di rumah) so korang kena ler cari alternatif lain....iaitu dengan berpuasa @ lebihkan makan buah...boleh ker buat? hahaha.....

Kalau kedai makan yang mahal tu aku dah siap pangkah xxxx awal-awal.....lain tahun aku pergi @ aku tak pergi langsung....hihi....tepuk perut tanya poket....


MP : Tarif elektrik naik....apa kata anda...jangan guna air-cond, jangan guna water heater ...mandi air sejuk @ guna lilin sahaja untuk menerangi hidup anda.......