Tuesday, December 17, 2013

Rumah Lima Pahlawan Melaka Yang Menarik


Sempena cuti sekolah ini apa kata jom singgah di Melaka.  Antara kawasan pelancongan yang baru di Melaka ialah Rumah Lima Pahlawan Melaka di Duyong berhampiran dengan Perigi Hang Tuah.  
Senang sahaja untuk mencari tempat ini.  Jalan nak ke Perigi Hang Tuah akan nampak satu simpang di sebelah kanan menghala ke rumah ini.  Tiada bayaran dikenakan buat masa ini dan parking percuma disediakan bagi kemudahan pengunjung. 
Jom layan gambar yang sempat aku ambil.....



Terdapat lima rumah Pahlawan Melaka iaitu Rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.




Di sini juga terdapat gelanggang silat disediakan dan auditorium.  Kawasan di sini juga luas sesuai untuk bersantai bersama family.  Ada banyak gazebo sediakan untuk pengunjung.


Aku paling suka rekabentuk rumah kayunya, memang nampak unik dan tinggi nilai kemelayuan.  Perhatikan bumbung rumahnya sesuai dengan cuaca di Malaysia.  Serambinya 'open air' lagi ...kalau petang-petang menjadi tempat lepak dan bersantai di tepi tangga batunya.  (teringat rumah lama yang ada serambi...selamat dirobohkan....huhu)



Masa aku ke sini hanya rumah Hang Jebat dibuka untuk orang ramai, rumah yang lain kelihatan tutup.  Mungkin sebab masa itu aku sampai dah hampir jam 6.30 petang.....




My girl suka tangga rumah yang unik dan mempunyai nilai tersendiri.  Setiap rumah bentuk tangganya berbeza.


Di rumah Hang Jebat terdapat pameran keris, di sini banyak keris dari pelbagai bentuk dan rupa dipamerkan juga ada artifak lama.  Kalau masuk rumah Hang Jebat suasana suram dan didalamnya rasa seram sikit....mungkin terlampau banyak artifak lama dan keris yang mempunyai tuannya.....erm...(aku sorang masuk kat rumah nie, my hubby dan my kiddos tak masuk pun, tapi kat dalamnya ada pengunjung lain)





MP :  Rasa nak pergi lagi sebab hari tu pergi sekejap sangat dah lewat petang......