Thursday, January 31, 2013

AIR FREE

Setiap hari Jumaat kat AIDA RICH CAFE ada menyediakan air minuman free iaitu 'Ice Lemon Tea' sahaja.
Ice Lemon Tea nie sedap rasanya (masam-masam manis) kalau tak caya boleh try....
So sesiapa budget yang lari tu boleh dapatkannya pada hari Jumaat sahaja....
Sambil lunch di sini kita boleh tenangkan fikiran....

suasana di AidaRich Cafe



nampak tak potongan limaunya...

yummmy...sedapnya...

makan roti dan minum ice lemon tea yang mabeles....

rotinya garing dan sedap...

p/s: For information 'AIDA RICH CAFE' lokasinya di Taman Merdeka Permai, Melaka.
       Main road senang jer lokasinya...

Wednesday, January 30, 2013

BLOG SLIM


Teruja nak tengok blog kita slim ke tak, aku pun test ler kat website bawah nie...
Itupun setelah blogwalking ke blog http://www.mialiana.com
Apalagi setelah timbang berat blog...blog ceritamayapersada slim dan ringan jer...senang..cepat kalau kita nak open...


http://www.iwebtool.com/tools/images/a3.gif

 
Tell a Friend
Website Speed Test
Find out how fast your website loads. Too slow? Perhaps you need to optimize the page or move to a faster server.
 
How do I use this tool? [+]
http://www.iwebtool.com/tools/images/a4.gif



http://www.iwebtool.com/tools/images/a2.gif
http://www.iwebtool.com/tools/images/a1.gif
http://www.iwebtool.com/tools/images/a3.gif
http://www.iwebtool.com/tools/images/a4.gif

Top of Form
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)

(eg. iwebtool.com)

Bottom of Form
#
 Domain name
Size
Load Time
Average Speed per KB
1
147.13 KB
0.18 seconds
0 seconds


http://www.iwebtool.com/tools/images/a2.gif
http://www.iwebtool.com/tools/images/a1.gif


http://www.iwebtool.com/tools/images/b2.gif
http://www.iwebtool.com/tools/images/b1.gif

p/s : tq for mialiana tentang cara nak slim kan blog...credit for u....



Tuesday, January 29, 2013

ADAB DAN PETUA KETIKA MAKAN



Sumber : Facebook Dr. Asmadi

CONTEST GILA DARI BUASIR OTAK



 


Syarat-syarat:

1. Pertama sekali mestilah kena Follow blog Buasir Otak dulu. Mana yang dah Follow tu boleh terus skip ke syarat ke-2.

2. Buat satu entry bertajuk "GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Komen Terakhir" di blog anda dan letakkan gambar header berikut ke dalam entry tersebut serta linkkan ke entry ini.




RM30 x 5 pemenang harian

  

Contest yang gila-gila di penghujung bulan Januari....
Cepat-cepat siapa yang nak duit tambahan tue boleh ler join contest yang gila-gila tapi 
berbaloi-baloiiiiiiiii.................


p/s : aku pun join gak mana ler tahu rezeki.......

Monday, January 28, 2013

BAUCAR KESIHATAN PERCUMA DARI PERKESO

Perkeso ada memberikan baucar kesihatan percuma untuk para pekerjanya yang berumur  40 tahun ke atas sahaja.
Baucar 'mamogram' hanya untuk pekerja wanita ....
Pemeriksaan kesihatan ini amat penting bagi pekerja-pekerja yang telah berusia bagi menjalani pemeriksaan percuma supaya pekerja sukses dalam kerja masing-masing.
Hanya klinik panel yang ditetapkan oleh PERKESO sahaja boleh memberi perkhidmatan percuma ini.
Untuk perkhidmatan kesihatan pihak klinik akan menjalankan ujian darah, pap smear, dan ujian kesihatan yang lain...
Manakala untuk baucar rawatan awal mamogram hanyalah untuk pekerja wanita sahaja....(pekerja lelaki tak der yea....jangan gatal-gatal tanya nie...)
Nikmatilah baucar kesihatan percuma untuk kesihatan kita semua....



p/s : siapa dah dapat baucar kesihatanan nie cepat-cepatlah pergi ke klinik panel yang ditetapkan.

Friday, January 25, 2013

RESPON DARI SAIFUL NANG MENGENAI KENYATAAN IBU LIYANA JASMAY



“Jangan Ingat Duit Boleh Beli Hormat” – Saiful Nang Respon Kenyataan Ibu Liyana Jasmay

Respon saya : Betul ke makcikkk? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik?
Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula?

Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BiPop.
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu.
Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9.00 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Regency Kuantan Resort. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1.00 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana overslept. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya.
Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di Facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mahu cacatkan prinsip saya sendiri).
Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang.
Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment).
Kami minta kepada BH menerusi wartawan mereka untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari & Scha al-Yahya dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta.
Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi
“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan wartawan BH yang berjaya memporakperanda hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai.
HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang wartawan hiburan BH itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta nombor telefon dari Izuan pun tak dapat. Macam mana masalah kecil macam ini boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ini bukan artis glamor, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS.
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.

SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com
 
Dari Sumber : Oh Bulan
p/s: Inilah akibatnya kalau gunakan orang tengah....

TUNE TALK PERCUMA


Dalam penghujung tahun lepas aku telah menerima free gift dari 'SAYS' .(Malaysia's Social News Network)
Ia merupakan kad tambah nilai berjumlah RM 8.00.
Macam mana aku leh dapat....
Aku telah masuk peraduan ' Tune Talk'  di dalam web 'SAYS' yang mengkehendaki menceritakan tempat yang paling kita hendak pergi dan kenapa kita nak ke sana...(kalau tak silap aku ler...)
Yang bestnya dengan kad Tune Talk nie kita boleh redeem point dengan destinasi yang ditentukan...



Tunetalk_cover
p/s : For more information please visit the website TUNE TALKS



Thursday, January 24, 2013

Rezeki Hari Jadi

 
 
Birthday my hubby jatuh pada hari ini 24.01.2013 bersamaan dengan sambutan Maulidur Rasul.
Tak der hadiah yang special untuk my hubby hanya doaku semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilimpahi rahmat dan hidup berkat bersama family....
Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini ada masjid berdekatan yang mengadakan kenduri dan menyambutnya sekali.
Hari ini masjid di Limbongan, Melaka kariahnya memasak nasi beriani ayam & daging kurma...(rezeki...)
Perut yang lapar petang tadi diisi dengan nasinya yang sedap...(kalau lapar semuanya sedap, tapi memang sedap ler...)



p/s: life is begin it's 4th series....(it is right.....)

BANTUAN RM 100 UNTUK PELAJAR SEKOLAH


Hari ini ada bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah di sekolah anak aku.
Seperti yang dimaklumkan di dalam pembentangan bajet tahun 2013 lalu...
Parents dikehendaki photocopy IC sebagai bukti penerimaan bantuan berkenaan.
Bantuan ini amat penting bagi parents yang tak berkemampuan untuk menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Jom tengok suasana picture di bawah :-

kereta ibu bapa yang datang

bangunan sekolah (SKT 2)


ibu bapa kena pergi pejabat untuk copy IC

bantuan persekolah RM 100

 p/s : terima kasih daun keladi tahun depan moga tahun depan ada lagi....

Wednesday, January 23, 2013

KAD ATM

Apa perasaan anda kalau kad ATM milik anda sendiri hilang dicuri...,diambil....@ tak sengaja ambil ...untuk keluarkan duit hasil titik peluh anda sendiri....
Adakah anda akan buat report pada pihak POLIS...,BANK....@ anda biarkan saja....
Sekiranya anda buat report pada pihak POLIS, tindakannya selanjutnya kita tahu siapa yang keluarkan duit melalui kad  ATM milik kita sendiri.... (CCTV kan ada...dah tahu sapa penjenayahnya...)
Tapi sekiranya orang yang mengeluarkan duit tu ...orang yang paling kita sayangi...anak kita sendiri..., abang kita sendiri...@ suami yang paling kita sayangi dunia akhirat...
Biasanya suami yang tahu no pin kad ATM kita....sapa lagikan yang tahu...kan kan kan....
Sebab dia amik masa kita tanpa sedar.....(opppsss ada yang terasa ker.....)
Apa tindakan kita selanjutnya....
Adakah kita akan biarkan saja...@... serahkan tindakan selanjutnya pada pihak POLIS....
Jikalau kita biarkan saja...alasannya...(ala tak berapa duit pun....duit boleh cari....suami, anak mana nak cari...) betul tak...? Ada tak perasaan macam tu...
Atau kita nie terlebih muka kepada orang yang kita sayangi...Entah ler.....(masing-masing punyai perasaaan dan jiwa yea...)
Tetapi jikalau kita serahkan pada pihak POLIS adakah kita tak menyayanginya.....(tepuk dada tanyalah diri anda sendiri...)




picture : copy dari google
p/s : sayangi ler berpada-pada...sudah cukup cukup sudah....

KENAPA KITA TAK BOLEH AMBIL GAMBAR DI DALAM KAWASAN KEM TENTERA

Semasa saya menghantar anak lelaki di KEM RASAH SEREMBAN tahun lepas, parents dibenarkan masuk ke dalam kawasan kem. Tetapi semasa latihan pemilihan akhir tahun lepas jugak di kem PUSASDA parents tidak dibenarkan masuk hanya duduk di luar pagar kem sahaja.
Apalagi  apabila diberi peluang untuk masuk ke dalam kawasan kem saya pun click ler gambar di dalam kawasan Kem Rasah.. (kat padang kawad & depan jer...)
Tapi semasa saya click gambar di luar KEM RASAH..MP (militiary police) nampak dan  melarang saya mengambil gambar walaupun di luar pagar kem.... (kak tolong jangan ambil gambar di sini...tolong delete yea...macam sedih jer arahannya..)
Ini merupakan arahan yang perlu kita patuhi.....
Tapi kenapa kita tidak boleh mengambil gambar di kawasan kem tentera nie....???
Semasa latihan di PUSASDA selama 6 bulan, rekrut tidak dibenarkan membawa apa saja alat komunikasi macam handphone @ camera....(tentu ada sebabnya)....




p/s : A.S.K.A.R maknanya Azab Seksa Kau akan Rasa.

Tuesday, January 22, 2013

MAKANAN YANG MENYEBABKAN MENJADI PELUPA

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan 
Anda Menjadi Pelupa


1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut
dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.





10 JENIS UBAT MENGANDUNGI 'BABI'



Istilah 'Porcine' digunakan dalam bidang perubatan untuk
menyatakan penggunaan bahan dari babi. Ramai orang Melayu yang
tidak mengetahui bahawa label yang bertulis :

"This product contain substance from porcine" bermaksud
"Produk ini mengandungi bahan dari babi".

"The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud
"Kapsul dari gelatin babi"


1. Ubat Batuk "Benadryl For The Family Original Cough
Syrup"
2. Ubat cirit-birit "Imodium Capsule"
3. Clexane ( Enoxaparin Sodium)
4. Pencuci Kanta Lekap "SupraClens Opti-free"
5. BOTOX Cosmetic
6. CENTRUM Complete from A to Zinc
7. Creon 10 000 Capsule
8. Fragmin (Dalteparin Sodium)
9. Vaksin Rotateq
10. Vaksin Menomune
















Sebelum mengambil apa-apa jenis ubat tolonglah baca label.  Atau tanyalah doktor atau ahli farmasi sama ada ubat yang diberikan halal ataupun tidak.....

Sumber : halalsciense.com
Anda boleh dapatkan 10 gambar ubat yang disebutkan di atas dan
pilihan alternatif lain yang ada melalui link blog di bawah:


http://www.halalscience.com/blog/10-jenis-ubat-mengandungi-babi/