Wednesday, February 27, 2013

ARWENDANISH GIVEAWAY -FM AUSSIE-

Teruja aku tengok FM-AUSSIE nie...colorfull...
Aku ada satu FM-AUSSIE color oren hadiah daripada my nephew yang training basikal di Melbourne.
Suka sangat kalau dapat giveaway FM-AUSSIE...(nak buat koleksi)


ARWENDANISH GIVEAWAY -FM AUSSIE-
Jom kita tengok syarat-syaratnya:-


SYARAT-SYARAT:

1) Dialu-alukan menjadi follower blog ni. Tiada paksaan :)
2) Buat 1 entry tentang giveaway ini
3) Tinggalkan comment di sini beserta dengan link entry anda
4) 5 Pemenang akan memenangi FM Aussie melalui random.com
5) Tarikh tutup penyertaan 28/2/13 jam 11.59malam


MP : Best...Teruja kalau dapat


Tuesday, February 26, 2013

PROGRAM SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KALI KE-80

Sempena hari ulang tahun Angkatan Tentera Darat Malaysia ke 80  nanti pelbagai program dianjurkan oleh kementerian pertahanan di beberapa lokasi penting bakal diadakan.
Hari angkatan tentera disambut setiap tahun pada  1hb Mac.
Antara program yang saya tunggu-tunggu nanti ialah pertunjukan khas tentera darat di Pantai Saujana Port Dickon pada 03.02.2013.
Beberapa minit yang lalu saya mendapat call dari anak lelaki yang sedang menjalani latihan perajurit muda di PUSASDA.  Petang sabtu nie (02.03.2013) parent boleh jumpa rekrut di kem nanti.
Rasa tak sabar nak jumpa setelah hampir 3 bulan tak dengar kabar berita.  Siap pesan suruh beli guard knee, glucose anggur & gambar parent....(katanya nak letak kat dalam locker)


Aktiviti sempena program sambutan hari Tentera Darat Ke-80

Bersiap siaga



MP : Port Dickson rasa tak sabar nak pergi...menghitung hari jer....

Monday, February 25, 2013

AKU BAYAR ASTRO GAK...

Aku nak citer satu rancangan yang aku nak tengok sangat semenjak aku baru pasang astro nie iaitu rancangan ' PRIMADONA '
Rasa tak sabar-sabar nak tengok rancangan nie sampaikan hari khamis malam jumaat aku ingatkan rancangan tu di astro prima, tapi rupa-rupanya setiap hari jumaat jam 9 malam di astro prima.
Minggu lepas tajuk tentang 'anak angkat'....
Tajuk yang menarik dan berjaya dikupas tapi kupasannya agak serabut....kenapa aku kata serabut?
Sebab pengacara yang berempat tu yang membuatkan rancangan tu macam kelam kelibut...
Masing-masing nak bercakap dulu, sampai aku pun tak tahu apa pokok soalannya...
Tapi yang paling banyak cakap Kak Engku dan kak Ziela Jalil...
Yang 2 orang tu Che Ita dan Erra Fazira nampak macam vogue jer...(tayang baju ke muka)
Sampaikan my hubby tanya siapa perempuan yang pakai baju nampak lutut dan betis tu...?
Lelaki-lelaki macho di luar sana suka ler tengok rancangan begini.....
Alangkah baiknya kalau pengacaranya berbaju sopan berbaju kurung @ berkebaya...kan nampak 'perempuan melayu terakhir'



Sampaikan my kiddos cakap rancangan apa nie dah siap nak tukar channel lain laks...
Tapi cepat aku caras...kejap....! mama nak tengok apa yang menarik rancangan ' Primadona ' macam diwar-warkan oleh astro...
Apa pendapat uoolllsss.......

MP : Berminat nak tengok lagi....

Saturday, February 23, 2013

SAYA NAK HEADER DOODLE PART 1




  "Saya nak header doodle part 1   kerana  simple & mudah....

CARA-CARA

COPY & PASTE BANNER DI ATAS

CEPAT-CEPAT SEBELUM 23/02/2013 JAM 24.00 (TENGAH MALAM NIE LER...)


MP: SEGMEN LAGI....


GIVEAWAY GOSSIP GIRL





  •   X perlu entry berjela
  •   Kopipes dan komen sahaja
  •   Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  •   Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI
HADIAH
  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG 

*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.
JOM KLIK PERSEDIAAN GIVEAWAY : Z for Zati  MANA TAHU NASIB BAIK TIMBUL.....


MP : Sebab tak mahal ler aku join...mahal pun aku nak join gak.....

JABATAN KASTAM TIADA SISTEM ONLINE



 Aku heran kenapa Jabatan Kastam DiRaja Malaysia tiada sistem online di bahagian cawangannya (Batu Berendam) (tempat lain tak tahu laks...)
Ini betul-betul menyusahkan sebagai seorang pembayar cukai perkhidmatan.
Borang CJP No. 1 sudah diisi dan dibayar semuanya telah selesai pada tahun lepas tetapi surat dari Jabatan Kastam DiRaja Ayer Keroh aku terima buat kali keduanya.....
Tak faham aku kenapa masih lagi tidak menggunakan sistem bayaran online pada setiap cawangan kastam....
Kalau pembayar cukai tak bayar, cepat jer sampai surat peringatan...tapi kalau proses apa-apa dokumen lambat macam naik keter lembu....( ketua tak sign lagi ler...macam-macam)
Sebagai sebuah agensi kerajaan sepatutnya sistem online nie diperluaskan kepenggunaanya supaya pembayar cukai tidak akan dipersalahkan di atas kelewatan membayar cukai dan dikenakan denda.
Karenah birokrasi dalam sesuatu badan kerajaan membuatkan orang ramai akan rasa fed up....


MP : Kastam agensi pengutip cukai tertinggi....dapat bonus tambahan lagi...
         Banyak Kementerian yang reply surat lambat  akan aku ent3 nanti.....

Thursday, February 21, 2013

Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com




Contest "Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com" adalah anjuran www.kakinakl.combersama eyriqaz , kutooobamboo dan jaakechik 

Rasanya aku tak ingat bila aku terserempak dengan blog Kakinakl.com (mungkin dalam google kutt...?)
Tapi aku suka cara blognya...
Pertama banyak idea yang bagus...
Kedua ada info yang aku baru tahu...
Ketiga aku suka baca catatan perjalanannya, menarik...(belum pernah sampai lagi...)
Keempat macam glamour jer kalau add & baca entry dalam blognya...
Kelima ada iklan yang perlu aku ambil tahu...
Keenam menonjolkan wajah sebenar blog....
Ketujuh AKU SUKA SEMUANYA....
Kelapan aku tengah fikir apa lagi...dan lagi...yang aku nak tahu....(he he he)

 Tarikh tutup ialah pada atau 28hb Febuari 2013   pada atau  jam 12.00 tengah malam hari tersebut.

Pada blogger jom join contest & baca entrynya....



MP : aku suka join contest....

Tuesday, February 19, 2013

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Kenapa aku join contest nie...? Sebab aku nakkan hadiah kaca mata yang diwar-warkan dalam blog papaMifz.
Dulu-dulu aku beli spek murah jer dalam rm 10 jer....janji dapat halang dari silau matahari.
Tetapi spek murah nie tak tahan lama dan cepat patah bingkainya, so aku beli ler spek yang boleh tahan harganya kat kedai ExcelView AEON Bandaraya Melaka Lot F52........


EXCEL VIEW 
Brand 'Cyber Eyeworks'.  Harga selepas discount 50 % dapatlah dalam RM 160.00.
Aku dah guna lebih 2 tahun, dah rasa nak tukar jer.....
Sebelum nie pun aku ingat nak tukar spek tahan silau nie, tempohnya dah nak kena tukar yang baru.  Spek lama nie aku rasa macam old fashion jer, color dah tak mengancam masa baru-baru beli dulu.  Cerminnya dah tak muat untuk cover face aku yang makin naik ....(ha ha ha)...
  Aku nak cari yang besar sikit, trendy, color hitam dan menarik designnya.  
 Baru ler orang pandang spek kita...ahakkksss...



Aku tak der spek ada lens sebab aku bukannya rabun...........
Tetapi semenjak umur dah meningkat nie mata aku dah rasa macam orang rabun dekat.  Bila perasannya time aku nak sign cheque, sign document dan baca newspaper dalam font yang kecil tu aku pandang macam blur jer....(poning kepalo den)
Terpaksa ler aku jarakkan sikit baru jelas.  Nak beli spek ada lens nie agak mahal ler, aku bukan warga emas @ student dapat dalam setengah harga...hu hu hu....
So nak tunggu bonus lambat lagi rasanya. Modal belum cukup lagi nak beli spek.


Spek lama nie banyak jasanya padaku, bila aku drive mesti guna ...kalau tak mataku akan berair menahan silau cahaya matahari...
Tetapi  zaman dah berubah sesuai dengan peredaran fesyen spek yang begitu stailo, aku pun terjebak ler juga nak spek yang versatile.

Bila terserempak blog  Contest Kaca Mata PapaMifz.com  aku tak lengah lagi nak join gakkkk....
Harap-harap impian aku menjadi kenyataan dengan memenangi contest nie. Hadiah boleh tahan rasanya,,,,berbaloi-baloi.....
Cer tinjau cara nak join di entri Contest Kaca Mata PapaMifz.com. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 
15hb Mac 2013.
MP :  suka join segmen macam nie, yang penting jimatttt....



Friday, February 15, 2013

APA RESEPI AYAM BRAND SEMPENA TAHUN BARU CINA

Resepi dari ayam brand baru aku dapat melalui E-mail  dan aku kongsikan kepada uollss yang suka dengan ikan sardin ayam brand......


sardines in tomato sauce

Sardin dalam Sos Tomato kami terus menjadi kegemaran isi rumah kerana ikan yang kaya dan berlemak dari lautan sejuk bersama sos tomato yang lazat. Sardin adalah pilihan makan yang besar kerana ia mengandungi kedua-dua kalsium dan Omega 3.

Terdapat kalsium dalam sardin?

Ya! Tulang sardin yang boleh dimakan adalah antara sumber terbaik kalsium pemakanan, yang mengandungi dua kali kalsium setanding susu. Wanita yang memerlukan  pengambilan kalsium untuk kesihatan tulang mereka boleh mempertimbangkan sardin sebagai sebahagian daripada pemakanan harian mereka.

Bagaimana Sardin kaya dengan Omega 3? 

Ayam Brand™ menggunakan sardin pilihan dari lautan sejuk yang menyimpan lebih banyak Omega-3 untuk menahan sejuk yang melampau. Fakta menarik: 100g sardin menyediakan anda dengan lebih daripada 200mg Omega 3 yang memenuhi keperluan diet mingguan yang disyorkan  (RDA)
 
Lihat produck sardin dalam tomato!
 
favourite recipesResipi Tahun Baru!


CNY
recipe
Ginger Steamed Sardines
Rasa  sardin yang kaya bersama dengan halia, bawang dan sos soya menghasilkan hidangan penuh berperisa yang lazat dan sihat!
Muat turn resipi disini!
Bahan-bahan
1 tin Sardin Minyak Zaitun Extra Virgin, 120g
    - Belah sardin
    - Simpan minyak zaitun untuk memasak
2 cm halia muda segar
1 tangkai daun bawang, dihiris
2 sudu besar minyak
3 sudu besar air
2 sudu besar kicap cair
Gula secukup rasa
Cara memasak
Susun sardin dalam hidangan kalis haba.
Kisar halia dan minyak zaitun untuk membentuk pes. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng pes sehingga wangi. Tuangkan campuran di atas sardin dan kukus selama 5 minit. Sementara itu, panasakn kicap dan air dan tambah gula mengikut rasa. Setelah sedia, tuangkan campuran soya atas sardin dan hidangkan ketika panas
“Like” Facebook Page untuk mendapati resepi Tahun Baru Cina yang lain: Taucheo Braised Sardines, Rainbow Tuna Meehoon and Tuna Tofu Egg Cakes! 
 
MP : Bila dah tak der lauk masak ler ikan sardin ayam brand......

Thursday, February 14, 2013

BLOODSHED

Semoga pihak Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia berjaya mengembalikan ketenangan di Lahad Datu, Sabah.
Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
"Kerajaan memilih untuk menangani isu itu melalui rundingan dan mahu kumpulan itu untuk meninggalkan negara dengan aman bagi mengelakkan pertumpahan darah," kata Perdana Menteri ketika mengulas isu itu.

KOMANDO ATM

Jom klik kat    BERNAMA

MP : picture hiasan dari google

Tuesday, February 12, 2013

MAJLIS JAMUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Masa my hubby amik BR1M 2.0 yang lalu, kad majlis jamuan rakyat 1 Malaysia diedarkan kepada orang ramai.  Kepada rakyat jelata khususnya orang Melaka dijemput hadir pada :-
Tarikh : 14.02.2013 (Khamis)
Masa  :  7.30 p.m ~ 10.30 p.m
Tempat  : UTC, Jalan Hang Tuah, Melaka.
Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Sila penuhkan kad sebab nanti ada cabutan bertuah.  Tak tahu ler aku apa hadiah misterinya nanti.








UTC, Jalan Hang Tuah terletak betul-betul di sebelah Stadium Hang Tuah dan lokasinya adalah pejabat Wisma Persekutuan yang lama.

p/s : aku rasa tak pergi sebab aku tahu sure jammed & ramainya orang, rimas ler.....


SEGMEN MENANG RM 200 BY PUTRY MIRAH

Time cuti panjang terjumpa lak segmen nie kat blog Putry Mirah apa lagi macam best jer...memang best pun....sapa tak nak menang RM 200...Apalagi jom join segmen nie...




Tarikh tamat akhir Bulan Februari 2013 .

Ini syarat syarat yang Putry Mirah tu sediakan...Cepat-cepat klik kat segmen nie....


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 *akan diperiksa 
  • Wajib Malaysia dan ada blog.
  • Wajib follow Blog Putry ,Like Fan Page Putry (sila tengok diSIDEBAR bahagian Click This!)
  • Tekan ini ,dan  ini  . *tunggu sampai habis loading
  • Buat satu entri pasal Segmen ni berserta banner comel atas tu yg backlinkkan kesini
  • Komen link entri anda tu (bukan link blog but link entry).

HAL PENTING PASAL PEMENANG DAN HADIAH SERTA SEGMEN
  • Hanya seorang sahaja pemenang yang akan dipilih.
  • pemilihan pemenang tak pasti sama ada cabuan bertuah dan top refferal. maybe Blog cantik :\
  • Hadiah akan dihantar kepada pemenang dengan bantuan Pos Malaysia . 
  • Segala perubahan atau whatever akan diumukan.
  • Hadiah pertambahan teddy bear :) *NEW

p/s : teruja join segmen nie...

ASTRO BEYOND DAH SAMPAI

Malam Tahun Baru Cina lepas budak pasang astro call kata astro dah boleh pasang, aku ingatkan lepas raya tapi cepat ler dia datang...
"Tak makan besar ke malam nie?" Antara perbualan aku dengan budak pasang astro berbangsa tionghua tu. Dia kata banyak orang nak cepat pasang astro tu yang keje lagi sampai raya....
Upah pasang astro RM 50.00.  Dalam 1/2 jam dah siap pasang.   Astro beyond buat permulaan hanya channel biasa-biasa jer...movie takder, masuk bulan ketiga baru ada. Bayaran bulanan nie aku confius my hubby cakap RM 40 jer...(entah yea entah tak) Tunggu ler nanti bil pertama sampai....(kawan dia rekomen)







p/s : guna ler kemudahan dengan sebaiknya, astro nie kekadang melalaikan...yea tak...?
         aku ker yang terpaksa....?

Monday, February 11, 2013

MASJID SELAT DI PULAU MELAKA

Sempena cuti Tahun Baru Cina, bandar Melaka jammed....jammed....jammed....
Sana sini ramai pelancong datang ke Melaka, terutamanya laluan di Banda hilir, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Masjid Selat dan banyak tempat lagi yang dipenuhi orang ramai......
Berhampiran dengan Masjid Selat ada "Island Stay' apartment yang baru dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang lalu....
Cuci mata kali ini sempat aku ronda-ronda jap di Pulau Melaka sambil menikmati suasana damai di Masjid Selat.  Cuaca yang begitu baik tidak berapa panas dan mendung jer  amat sesuai dan selesa sekali untuk aku klik gambar-gambar........
Ramainya pengunjung yang datang di Masjid Selat tadi, sehinggakan parking pun penuh......















p/s : Untuk pengetahuan pemandangan di Masjid Selat sangat cantik tika sunset & sunrise...sesuai untuk photographer....Jom singgah di Melaka...

Thursday, February 7, 2013

BONUS PENYIMPAN TABUNG HAJI 8 %

Kepada penyimpan Tabung Haji  uollss akan dapat bonus sebanyak 8%  dan semua pendeposit boleh memeriksa akaun pada 10 Februari 2013.
Pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom , dipetik melalui akhbar Berita Harian hari ini.


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus tahunan Jubli Emas 2012 sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak lapan peratus. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu berkata, kadar bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada 2011. 


"Jumlah pembayaran keseluruhan Bonus Jubli Emas 2012 sebanyak RM2.46 bilion yang merangkumi pembayaran Bonus Tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan Bonus Khas sebanyak RM325 juta adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Lembaga Tabung Haji. 


"Tabung Haji berjaya melonjak prestasi kewangan dengan mencatat pendapatan melebihi RM2 bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2010 dan keuntungan bersih buat pertama kali melepasi RM2.0 bilion," katanya ketika mengumumkan bonus berkenaan di Menara Tabung Haji di sini, hari ini. 

p/s : simpan duit di Tabung Haji untuk menunaikan fardhu haji....

Wednesday, February 6, 2013

BILA SUAMI PERGI AMBIL BR1M 2.0

Nie aku nak citer sikit ....tak cakap salah, cakap pun salah...
Tak story sakit hati, dah story baru puas hati sikit.....
Semalam my hubby pergi ambil BR1M kat tempat yang ditetapkan....
Senang jer, orang tak ramai sangat dan proses pemberiannya pantas....
Tapi yang aku nak cerita nie semasa proses pemberian duit nie, pertama sekali check nama & IC, cap jari di ruang borang yang disediakan oleh mereka...
Yang aku tak puas hati nie, cara mereka ambil cap jari, sebab ibu jari my hubby clear dah tak der bunga maklum ler buruh kasar jer...sekali yang tukang pegang tangan tu perempuan (lawa kata my hubby)
dia belek ler ibu jari my hubby nak tengok dekat...(poyo jer)
yer ler dah clear mana nak nampak bunganya....
Aku...sakit hati tak gak,,,,gelihati, entah ler....tapi macam tak puas hati jer....
sepatutnya yang perempuan @ lelaki ambil cap jari bukan muhrim guna ler sarung tangan macam (staff Tabung Haji tu..)
ermm.......


p/s : lega ker....
        jangan gatal-gatal yea...



Tuesday, February 5, 2013

NAK JUAL BUAH LIMAU


"Besok bang Kimi nak jual buah limau nie kat sekolah", boleh tak mama? Perbualan antara aku dan anak lelaki yang berusia 8 tahun....(rasa nak gelak bila aku dengar dia cakap macam tu...)
Bila aku tanya nak jual berapa sen? Dia kata nak jual RM3.00 sebiji ....ha ha ha...lawak ler tu...mahalnya...
Buah limau nie size XL...customer bagi kat my hubby petang tadi...
Agaknya dia tengok buah limau nie banyak dalam 1 kotak tu ler yang nak dia fikir nak jual......
Dalam hati nak kumpul duit ler tu untuk beli helicopter...( sanggup berjimat dalam belanja sekolahnya )










p/s : simpan duit sendiri, tiap-tiap hari kira dah cukup ke belum nak beli helicopter....
        biar ler dia belajar berjimat...helicopter mainan jer...yang mahal tuu...

Monday, February 4, 2013

PERAJURIT MUDA - SIRI 1

Hari ini genap sebulan my son join rekrut ATM dan menjalani latihan selama 6 bulan di PUSASDA PORT DICKSON.
Bila dah join segala pahit maung, susah senang, sakit pening kena ler tanggung sendiri...(apa ler kabarnya di kem yea...)
Minatnya di dalam bidang ketenteraan bermula dari zaman sekolah lagi...pernah menganggotai persatuan kadet tentera masa di sekolah menengah dulu dan seterusnya bercita-cita untuk menjadi perajurit muda dengan memasuki ATM seawal remaja lagi...
Pernah memenangi kawad kaki terbaik (sekolah) peringkat negeri Melaka dan terpilih ke peringkat kebangsaan...(tak der rezeki pengetua sekolah lak tak bagi join untuk budak form 5 kerana akan menghadapi peperiksaan SPM) (pengetua  sekolah kejar akademik jer maklum ler pengetua cemerlang yang tak berapa cemerlang nie tapi kokurikulum hampeh, no support untuk bebudak sekolah nie yang terpilih ke peringkat kebangsaan)
Nak jadi sekolah kluster cemerlang kena ler seimbang ...,,,,   ehhh lepas geram jap....
Untuk lepaskan rindu aku copy paste picture my son dalam fbnya....
Nie picture yang sempat di copy....


ada gaya mat perang...my son sebelah kanan..

menjalani training bersama kengkawan sekolah

kawan baiknya ' group bujang senang '

menjadi pemegang bendera sekolah semasa latihan sukan

kawan seperjuangan


ada berani ....training komando...

nie group sekolahnya menang kawad kaki terbaik peringkat negeri.....


p/s : picture aku copy paste dari facebook my son....
       ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi...(aruah atoknya askar)
       akan ada siri yang seterusnya....(banyak lagi picture yang akan diceritakan)