Friday, May 31, 2013

SELAMAT BERCUTI




Cuti hujung minggu ini saya sibuk dengan majlis pernikahan adik lelaki bongsu.  Majlis pernikahan bakal berlangsung di Masjid Sultan Salehuddin di Shah Alam pada 01 June kira-kira jam 2 petang.
So, sementara kesibukan saya di hujung minggu ini tak sempat ler nak BW kat uollss....

SELAMAT BERCUTI



MP : PICTURE GOOGLE

Thursday, May 30, 2013

Tahukah Anda Cara Membuat Karpet Di India

India terkenal bukan hanya dalam hal sejarah dan senibina yang indah, tetapi juga pembuatan untuk karpet buatan tangan. Seni membuat benda - benda interior dimulai sekitar tahun 1500 kerana kaisar Mogul yang telah membuat teknologi karpet tenun dalam budaya menjadi popular.

Jom kita tengok betapa telitinya pembuatan karpet buatan tangan melalui gambar yang dipaparkan.

























Sumber

MP : Lebih suka guna tikar buluh.....

MIOR JUARA KONSERT KILAUAN EMAS MUSIM KE 3

Mior Juara Kilauan Emas 3

Seperti yang dijangkakan Mior Yazid Ahmad, 44 tahun, muncul juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3) dan menewaskan tiga pesaing terdekat pada pertandingan akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Konsep rock dan kelantangan dengan gaya yang dibawakan memikat hati juri dan peminat semua.  Persembahan menyakinkan melayakkannya memenangi hadiah sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000 dan trofi.
Malam tadi Mior mendendangkan lagu baru ciptaan Adnan Abu Hassan bertajuk 'Sampai Di sini'.  Lagu berentak balada rock menarik minat aku dan sesuai dengan tone suara Mior.  Beliau juga membawakan lagu 'Purnama' nyanyian asal 'Search' dan turut menerima Anugerah Khas juri berupa wang tunai RM 5,000.  

Manakala Idris telah menjadi naib juara dan menerima wang tunai RM 30,000 dan trofi manakala tempat ketiga dimenangi Silahuddin yang menerima wang tunai Rm 15,000 dan trofi.  Tempat keempat pula dimenangi oleh Alina Hassan, 45, dari Melaka.

Kedudukan selepas undian SMS ditutup :-
1. Mior              -  29.5%
2.  Idris             -  26.4%
3.  Silah             -  22.9%
4.  Alina            -  21.2%

Juri jemputan konsert akhir ialah Datuk Shake selain juri tetap Datuk Ramli MS dan Ziana Zain.
Pagi ini kesemua artis finalist konsert Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3) mendendangkan sekali lagi lagu baru masing-masing di Radio Sinar FM.
Tagline Kilauan Emas Musim Ketiga ' Otai Masih Berbisa ' memang cukup berbisa buat semua finalist Konsert Kilauan Emas kali ini.  Akhirnya juara menjadi milik Mior 'rock brother'.  Konsert akhir Kilauan Emas Kali Ke3 telah melabuhkan tirainya dengan sekali lagi Mior mendendangkan lagu baru "Sampai Di sini'.

MP : Suka dengan gaya Mior bila mendendangkan lagu berentak rock.....memang ohsem...   OTAI MASIH BERBISA
picture : credit to astro gempak

Wednesday, May 29, 2013

BORS SYSTEM


BORS SYSTEM

Senjata sniper International Accuracy Model 95 dgn kelengkapan sistem BORS yg dimiliki pasukan kita..

Barrett Optical Ranging System (BORS) adalah satu komputer balistik berintegrasi dikeluarkan oleh firma Barrett Firearms yg membantu seseorang penembak tepat bagi mendapatkan tembakan yang tepat dan jitu. Sistem ini dipasangkan terus kepada skop rifel dan dipadankan dengan tombol pengangkat, dengan bantuan BORS penembak dengan pantas mampu mengira suhu, tekanan barometric dan sasaran pada sudut condong ke atas atau ke bawah.

Komputer yang dibina ke dlm sistem secara berterusan mengira faktor-faktor ini yang berubah sepanjang masa. Barrett mengatakan yang BORS ini "dengan segera menguruskan kerja-kerja data supaya penembak dapat memberikan perhatian penuh kepada tugas meledakkan sasaran." ia mengambil data daripada beribu jadual dan mengambilkira beberapa faktor luaran dan secara automatik memberikan penembak jarak tepat dari mana peluru mampu menumbangkan musuh.

Memandangkan BORS dipasang terus pada skop dan dipadankan dengan tombol penaik, komputer mampu berinteraksi dengan skop tersebut dengan cara tombol tersebut dipusingkan sehingga paparan LCD memaparkan jarak sasaran tersebut.

Kit ini turut disertakan dengan Barrett Ballistic Software yang telah di pra-programkan dengan senarai data yang telah dipilih oleh Barrett. Ia juga termasuk dengan kabel yang membenarkan pengguna untuk memuatkan program sendiri pada komputer dan kemudian memindahkannya terus kepada BORS.  Ia dijual dengan harga sekitar USD2000 seunit...



SUMBER
Facebook The Real Black Daggers

MP : Teknologi ketenteraan amat diperlukan untuk sistem ketenteraan yang efisien....

WORDLESS WEDNESDAY #11



MP : Combat training for South Korean soldiers


RAHSIA KAKI KANAN ANDA

Semasa menjelajah di facebook terjumpa dengan artikel yang menarik di sini.  Apalagi setelah mencuba beberapa kali tetap sama juga.....Nak tahu cuba ler....U must try.....




Sumber

MP : Cuba ler .....

Tuesday, May 28, 2013

KHASIAT EPAL HIJAU




Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. 



Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah: 

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

MP : Suka makan jus epal .....

Adakah Dia Sengaja Atau Tak Perasan ?






 Apa Yang Anda Perasan...?










MP : Kealpaan membuatkan kadang-kadang kita lupa @ tak perasan....

Monday, May 27, 2013

Saturday, May 25, 2013

MOOD DEMAM






Mood demam sudah 2 hari, tekak rasa kering sangat, bibir pun sama....
Arggh.....cuti hujung minggu yang membosankan kalau begini.....(ada kenduri kahwin nie nak pergi ke tak...)
Nak singgah blogwalking kat uollss rasa lewat sikit....jangan ada yang berkecil hati.
Update entry pun tak der mood......
Pergi Klinik 1 Malaysia pen. pegawai perubatan nie bagi ubat demam, batuk dan ubat kumur untuk sakit tekak.
Dah ler tu menggigil pegang ubat tanpa beg plastik, buka jer pintu terjatuh lak botol ubat.
Pihak klinik memang tak sediakan beg plastik, so sesiapa yang pergi klinik 1 Malaysia bawalah beg karung besar sikit....(mood geram)

MP : Demam nie mata asyik nak lelap jer...badan pun letih......

Friday, May 24, 2013

SOLAT SUNAT DHUHA




Rakaat yang pertama baca surah Al-Fatihah dan As-Syam.


Rakaat yang kedua baca surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha. 

Surah -surah pendek pun boleh baca tetapi bacaan surah-surah di atas lebih afdal.



MP : Sebaik-baiknya Solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana banyak fadhilatnya, antaranya mendapat keampunan dari Allah s.w.t , murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Thursday, May 23, 2013

PEMBUNUH JUTAWAN KOSMETIK SOSILAWATI LAWIYA DIHUKUM GANTUNG




SHAH ALAM: Peguam N Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu. 

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. 


Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. 


Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. 


MP : Sumber

OPS DAULAT, TUDM: KAWAH LETUPAN GBU 16 MK 83 1000 PAVEWAY II DI KAMPUNG TANDUO




Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah keadaan tapak kubu pertahanan musuh di kampung Tanduo. Di sini PPPM akan share berberapa gambar menunjukkan kawah-kawah yang terhasil dari pengeboman pesawat Hornet dan Hawk TUDM.
GBU 16 MK 83 1000 pound bomb akan membentuk kawah sebesar 20-30 kaki bergantung kepada jenis tanah dan fius)

1000 pound bomb to exert around 7-8 psi pada jarak 100 kaki dari pusat letupan yang mampu memusnahkan bangunan sederhana and 3 psi out to around 150 kaki dari pusat letupan.. ini juga cukup untuk meruntuhkan bangunan keci. serpihan bom boleh membunuh pada jarak setengah batu.
Lethal blast range - 28 meters 
Blast shrapnel range - 600 feet
Fragmentation range - 3,000 feet
Effective casualty radius - abput 200 meters ( wounded)





Bagai mana pula dengan musuh? Dengan velocity shock wave sahaja pada kelajuan Mach 28, pengganas kiram yang maut akibat serangan udara itu mati dengan kecederaan yang amat teruk. 
Ini ialah AMARAN yang paling keras sekali kepada pengganas Kiram dan MNLF. Sarang Harimau jangan di jolok.
MP : Sumber

Wednesday, May 22, 2013

Hadiah Segmen Dari Dysha Sahhir

Hari ini balik dari kerja ada ternampak sampul putih kat peti merah, raba-raba tengok ada surat untuk diri sendiri ....
Rupa-rupanya terima hadiah segmen dari DyshaSahhir...Thanks...

Tadaaa.....

ada karton doodle melekat pada envelope

MP : Kiut dan comel karton doodle nie....

RAHSIA DIET WANITA JEPUN

Naomi Moriyama


Dalam keadaan sekarang, ramai yang sibuk bekerja, cari duit dan kekadang lupa pada amalan makanan seimbang dan senaman. Hasil kehidupan yang mencabar dan pemakanan yang tak seimbang, hasilnya ialah ramai lelaki dan wanita jadi gemuk. Kajian seorang perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don’t Get Old or Fat, memberi petua bagaimana di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. Walaupun sibuk bekerja di sebuah Negara maju, tapi mereka slim. Apa yang mereka amalkan?.
Orang jepun terutamanya wanita, bukanlah pengamal diet yang hebat, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun dan cara makan yang displin. Naomi Moriyama juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.
Ikuti cerita benar Naomi
Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika. Orang Malaysia nak ikut Amerika atau jepun dalam pemakanan harian. Sebab sekarang ini banyak makanan segera masuk ke Negara ini.
Naomi Moriyama dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih langsing dan bertenaga, Naomi Moriyama berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.
  • Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  •  Kedua, sajian makanan adalah kecil.
  • Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.
  • Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.
  • Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.
  • Tujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.
Naomi Moriyama mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.
“Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi,” kata Naomi.
Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).
Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.
“Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan,” kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.
Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.
Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.
“Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk ‘makan dengan mata’ dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.
“Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang,” katanya.
Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika. Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.
Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika. Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.
Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri. Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.
Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.
Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.
Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.
Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.
Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don’t Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.
Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.
Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.
Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.
Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.
Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.
Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana. Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi. Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.
Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain. Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.
Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.
Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.
 Bagaimana di Malaysia
Tabiat pemakanan kita jauh berbeza dengan orang Jepun, malah jauh sekali cara Nabi Kita Makan. Kita makan pagi makanan berat, misalnya nasi lemak, roti canai, nasi berlauk dengan lemak, dan kandungan kalori yang banyak. Jarang kita sarapan dengan buahan seperti kurma, jus mangga, jus karet, jus nenas, atau susu kambing.
Tengahari biasalah kita makan, Nasi dan lauk kari, pertambahan kedai makanan terumanya makanan ala mamak, mengundang bahana kegemukan. Nasi kandar, nasi minyak, nasi briayani, nasi ayam, adalah kegemaran masyarakat kita. Kemudian kita makan dalam kuantiti yang banyak.
Malam, macam tradisi pula, kedai banyak di buka, perbagai makanan disediakan. Ramai makan malam dengan pengambilan yang tak dikawal, member ajak, jom keluar, mana lagi kalau tak ikan bakar atau kedai mamak. Ini sebahagian amalan kita.
Kita perlu berubah
Jika nak jaga kesihatan tabiat makan kita kena ubah, Nabi makan berhenti sebelum makan, orang Jepun makan sedikit tapi perbagai, kita makan banyak tapi terhad beberapa jenis dan tak seimbang.

MP : Tengah diet yang tiada penghujungnya.....


WORDLESS WEDNESDAY #10



Komando Passing Out

MP : Sumber

Tuesday, May 21, 2013

Artis-Artis Cantik Korea Yang Bunuh Diri


Populariti dan penghasilan yang tinggi ternyata bukan standard kebahagiaan bagi para Artis Korea, ada sesuatu yang tidak mereka miliki saat mereka berada dalam tekanan masalah yang dapat membuat mereka tenteram dan merasa mempunyai tempat untuk mengadu yang dapat menyebabkan mereka mengalami depresi dan mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri. Hampir setiap tahun publik Korea di kejutkan dengan berita bunuh dirinya seorang artis yang cukup tragis.

Berikut ini artis-artis Korea yang mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri:

1. U Nee
U Nee Artis cantik ini dikenal sebagai penyanyi, rapper, dancer. U Nee ditemukan gantung diri di apartemennya. Di duga penyebab bunuh dirinya adalah karena U Nee terlalu berekspetasi tinggi terhadap album keduanya hingga menyebabkannya depresi dan mengakhiri hidupnya dengan gantung diri.

Artis-Artis Korea Yang Tewas Bunuh Diri

2.Choi Jin Sil
Artis terkenal Choi Jin Sil juga mengejutkan penggemarnya. Di puncak kariernya, Choi Jin Sil ditemukan bunuh diri di kediamannya di Seoul. Kabarnya, perceraian dan juga drama sirinya yang tak dapat sambutan membuat Choi Jin Sil memilih untuk bunuh diri.

Artis-Artis Korea Yang Tewas Bunuh Diri

3.Jung Da Bin.
Pada tahun 2007, ia tinggal bersama teman lelakinya di sebuah apartment di Seoul. Ia memutuskan untuk bunuh diri dengan mengantung diri yang kemudian ditemui oleh teman lelakinya di kamar mandi dengan tuala mandi melilit lehernya. Tidak ada pesan yang ditinggalkannya mengapa ia bunuh diri, namun di blognya ia sempat menulis sebelum kematiannya dan kemudian menunjukkan bahawa ia mengidap depresi berat.

Di blognya tertulis:
Segala sesuatunya sangat rumit dan sulit. Aku mudah marah tanpa alasan yang jelas dan aku merasa bahawa aku akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan dan aku merasa aku akan sakit. Kepalaku sangat sakit dan ingin sekali merobek-robeknya. Aku seperti diperbudak oleh amarahku sendiri. Aku pikir aku kehilangan jati diri siapa aku yang sebenarnya. Namun kemudian aku mendapat kedamaian, tuhan datang padaku dengan cinta. Ia membuatku sadar dan memberikanku kekuatan. 

Artis-Artis Korea Yang Tewas Bunuh Diri

4.Le Eun Ju 
Beliau menggantung diri dengan luka di pergelangan tangannya. Kabarnya, ia merasa putus asa karena peranannya dalam film Scarlet Letter mendapat kritikan pedas. Tetapi, ada juga yang bilang jika hubungan asmaranya dengan pria tua yang kandas, menjadi salah satu alasan artis ini mengakhiri hidupnya.

Artis-Artis Cantik Korea Yang Tewas Bunuh Diri

5.Jang Ja Yeon.
Dalam sebuah pesan sebelum ia mengakhiri hidupnya, Ja Yeon mendedahkan rasa sakit yang dialaminya selama menjadi idola. Ia dikabarkan menjadi korban kekejaman dunia.  Sebelumnya, beredar isu tak sedap jika Ja Yeon dipaksa melayani 31 pria. Lebih parah lagi, puluhan pria yang dilayani Ja Yeon adalah orang penting di dunia hiburan Negeri Ginseng.

Sebagai seorang aktris pendatang baru, Ja Yeon tak bisa menolak kerana itu permintaan dari pengurusannya sendiri. Dalam salah satu suratnya, Ja Yeon menceritakan jika ia sempat mengadu masalah yang dialaminya kepada pengurusa yang menaunginya. Dia tidak mendapat pembelaan, Ja Yeon justeru mendapat tindakan kekerasan daripada agensinya. Ia bahkan dikurung dalam bilik ketika dihujani dengan pukulan.

Surat ini sempat diketahui manager Ja Yeon. Bahkan, Ja Yeon meminta tolong kepada managernya, Yoo Jang Ho, untuk mendedahkan surat ini kepada orang ramai.



Artis-Artis Cantik Korea Yang Tewas Bunuh Diri

6. Da-Ul Kim
Jadi bintang sekaligus supermodel ternyata tidak menjamin hidup seseorang akan bahagia. Untuk itu ada baiknya kita mengambil hikmah dari tragedi hidup seorang nama besar. Itulah Daul Kim, megastar dari Korea Selatan ditemui menggantung diri di sebuah apartment mewah di Paris Perancis. Sebelum kematiannya, Kim sempat menghantar pesan di internet.
Dalam hidup terakhirnya, ia merasakan kesepian dan depresi seperti tertulis dalam pesannya di web itu. Kim (20) yang biasa tampil di catwalk New York, Milan dan Paris ditemukan gantung diri di apartmentnya oleh seorang teman, menurut polis. Dia merupakan model untuk designer terkemuka, termasuk Chanel, Dries van Noten dan Alexander McQueen.

Artis-Artis Cantik Korea Yang Tewas Bunuh Diri



7. Song Ji Seon 

Presenter olahraga MBC di sebuah stasiun television swasta kabel  yang baru menginjak usia 30 tahun ini ditemukan tewas setelah dia terjun dari lantai 19 apartmentnya di Seoul, 23 Mei 2011.  Empat hari sebelumnya, artis Chae Dong Ha juga ditemui bunuh diri.

Kematian Song Jie Seon ini banyak membuat orang terkejut. Ini kerana beberapa hari sebelumnya, dia sempat menulis di akun Twitter-nya bahwa dia akan membunuh diri. Setelah pesan di Twitter itu tersebar, polis datang untuk melakukan pencegahan ke apartmentnya. Saat itu polisi menjumpai Song Ji Seon sedang nyenyak tertidur setelah menelan tiga butir pil tidur.

Song diduga bunuh diri karena skandal asmaranya dengan pemain bisbol profesional, Im Tae-hoon (23). Namun Im membantahnya dan Song sakit hati. Dan, Im Tae-hoon pun sempat dikecam publik.

Sebenarnya upaya bunuh diri sang artis sekaligus presenter ini dengan cara menggantung diri sudah pernah dilakukan 7 Mei lalu, namun tampaknya Song Ji Seon terlalu takut, bahawa hal itu terlalu menyakitkan dirinya yang cantik. Akhirnya tak jadi.



Artis-Artis Cantik Korea Yang Tewas Bunuh Diri

8.Han Chae Won
Chae Won bunuh diri di kediamannya di bilangan Yeonhui-dong di Seoul, Korea. Polis Seoul mengumumkan kematian Chae Won. Polis memastikan Chae Won bunuh diri kerana mereka tidak menemukan adanya tanda-tanda pembunuhan di TKP. Apalagi, sebelum bunuh diri, Chae Won membuat catatan dalam status peribadinya. Berikut isi pesan Chae Won sebelum melakukan aksi bunuh diri.

"Saya benar-benar tak ingin berkomentar. Saya hanya ingin menghentikan penderitaan dan berhenti menangis. Dan ini bisa diselesaikan jika saya meraih kejayaannya, tapi....." tulis Chae Won seperti dikutip dari Hancinema.



Artis-Artis Cantik Korea Yang Tewas Bunuh Diri

9.Kim Soo Jin
Sang kekasih yang menemukan jasad Kim Soo Jin langsung menelefon pihak berwajib. Belum diketahui pasti penyebab kematian artis berambut panjang ini. Pihak polis masih menyelidiki kematian artis tersebut. Seperti diberitahu dari Soompi, Rabu, 3 April 2013, menurut mantan manager Kim Soo Jin, artisnya itu telah lama melalui masa-masa sulit dalam hidupnya. Ia mengetahui artis yang dianggap memiliki kecantikan yang unik itu, mengalami depresi berat dan ketergantungan alkohol.

Tak hanya itu, setelah mendiamkan diri cukup lama dari dunia hiburan, Kim Soo Jin berharap dirinya akan segera kembali.  Ia masih berharap filemnya segera dipasaran. Tetapi, yang terjadi justeru sebaliknya. Filemnya ditunda.


Artis-Artis Cantik Korea Yang Tewas Bunuh Diri

Melihat fenomena tersebut, artis Park Jin Hee, yang tampil dalam filem My Mother mencuba untuk menyelidiki kesan bunuh diri yang menimpa rakan-rakannya. Hal itu dilakukan Park Jin Hee, saat ia menyelesaikan kuliahnya di Universitas Yonsei, juruan Kesejahteraan Sosial.

Dia mewawancarai 260 aktor dan aktris. Dan ia menemukan bahwa 38,9 % para selebriti itu menderita depresi. Dari penelitian terebut juga ditemukan tingkat bunuh diri di Korea, menunjukkan lebih banyak dilakukan artis dibandingkan aktor.

Saat diwawancarai, para selebriti itu pun menjawab 'ya', ketika ditanya apakah mereka memikirkan mati karena terlalu lelah menjalani hidup. Dan dari penelitian tersebut, Park Jin Hee berpikir, dengan banyaknya artis yang menderita depresi, maka sepertinya menggambarkan industri hiburan Korea memiliki masalah yang cukup besar.

Menurut laporan seperti dikutip dari SeoulBeats, kehidupan artis di negara tersebut sangatlah berat. Penggemar menuntut mereka untuk selalu sempurna. Tak hanya itu, mereka juga mendapat tekanan dari lingkungannya yang kejam dan penuh dengan aktivitas ilegal dan tidak bermoral.

Persaingan ketat di antara para artis untuk mendapatkan peran di film maupun serial drama disebut-sebut menjadi salah satu alasan juga.



Sumber  & Artis-Artis Cantik Korea Yang Bunuh Diri

MP : Bila iman tiada di dada....inilah akibatnya...