Wednesday, July 31, 2013

Selamat Hari Pahlawan



Bersama kawan-kawan di Sandakan, Sabah


Hari ini merupakan Hari Pahlawan yang disambut di setiap negeri di Malaysia.
Semalam anak aku BBM mengatakan akan mengikuti sambutan Hari Pahlawan di Bandar Sandakan, Sabah.

SELAMAT HARI PAHLAWAN BUAT SEMUA WARGA ATM DAN PDRM.......

MP : Lepas ini telefon anak aku kena simpan tak boleh guna sehingga bila....entah ler...
susah aku nak contact dia nanti.......

WORDLESS WEDNESDAY #19



Grenade

Sumber

MP :  Boleh try nie malam raya nanti.....

Tuesday, July 30, 2013

Zakat Fitrah Di Sabah 2013M/1434H

Resit Rasmi Zakat Fitrah 
Alhamdulillah minggu lepas my beloved son BBM mengatakan dia dah bayarkan 
zakat fitrah satu family di Sandakan, Sabah.
Aku ingat nak bayar dalam minggu ini untuk semuanya sekali, 
tapi dia dah tolong bayarkan.

Monday, July 29, 2013

Sembonia Menjadi Pilihan

Akhirnya Sembonia menjadi pilihan aku Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bertahun aku tunggu nak beli kasut dan handbag brand Sembonia (ayat tak menahan)
akhirnya malam hari tu ada offer one day di AEON Jaya Jusco Bandaraya Melaka.
Pergghhh ramainya orang, nak cari parking pun susah siap berebut lagi.....
Sampai di outlet Sembonia aku dah tangkap satu handbag kira harga boleh tak tahan dan lastly menjadi pilihan hatiku....Tetapi ada harga yang lagi mahal beratus-ratus.
Handbag yang aku beli ini ada discount 50 % untuk hari offer tu saja (1 day only).
So lepas tolak discount kira ok lagi ler harganya, berbaloi-baloi.....
Aku pilih colour coklat....(tema raya aidilfitri kali ini)
Dah siap buka resit, aku pergi pulak ke bahagian kasut Sembonia.

Sunday, July 28, 2013

Status Halal Minyak Yu Yee



Status halal minyak Yu Yee Cap Limau banyak diperbincangkan di facebook dan blog.
Saya percaya ramai Ramai ibu bapa di Malaysia menggunakan Minyak
Yu Yee @ Yuyi Cap Limau untuk melegakan atau mencegah kembung
perut pada bayi mereka.

Saturday, July 27, 2013

Tentera Maut DiPanah Petir

Tentera maut dipanah petir


  Jenazah Mohd Razid (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Kota Tinggi 
                                  untuk dihantar ke masjid Pulada, malam tadi.

Kota Tinggi: Seorang anggota tentera maut manakala rakan setugasnya cedera disambar petir ketika mereka memasang khemah di kawasan latihan ketenteraan di Lembah Pelepah di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 6.45 petang berdekatan Kampung Temenin Baru itu, anggota Markas 6 Renjer, Mohd Razid Sadiran, 25, mati di lokasi kejadian. 

Sementara anggota Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, Azwan Abdullah, 25, cedera dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). 


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat ketika kedua-dua mangsa mendirikan khemah. 

“Secara tiba-tiba lokasi terbabit disambar petir menyebabkan Mohd Razid rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera. 

Buat persiapan 

“Mayat Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada dekat sini untuk pengurusan jenazah malam tadi (kelmarin),” katanya. 
Jenazah anak kelima daripada 11 beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nitar, Mersing, semalam. 

Difahamkan, kedua-dua mangsa bersama kira-kira 11 lagi anggota tentera adalah pasukan awal yang memasuki kawasan yang terletak tidak jauh dari banjaran Gunung Panti dan Gunung Muntahak terbabit, bagi membuat persiapan sebelum ketibaan anggota lain untuk latihan hutan selama seminggu. 

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari rakan setugas lain apabila mereka tidak muncul menjelang waktu berbuka puasa.


Sumber

MP : Takziah pada keluarga mangsa, kita kena redha di atas segala kejadian yang menimpa....teringat anak
         di Sandakan, Sabah.......

Friday, July 26, 2013

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Photo: Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Thursday, July 25, 2013

Sandakan Aku Datang.....


'Sandakan Aku Datang'  tajuk macam menarik, saat entry ini ditulis aku masih lagi BBM dengan anak aku sebelum beliau berlepas untuk bertugas di 22 RAMD Kem Kinabatangan Sandakan, Sabah.
Akhirnya tamat cerita PUSASDA dan lepas ini cerita Rejimen Askar Melayu DiRaja pulak.....
Anak lelakiku telah lapor diri di pusat transit MINDEF hari isnin lepas dan sepatutnya akan ke Sandakan selasa hari itu 

GINCU BIBIR DAN PUASA

Gorgeous woman applying lipstick - stock photored lipstick - stock photo

 Adakah benar pemakaian gincu akan menyebabkan puasa terbatal? Bagaimana sekiranya menyapu pelembab bibir? 

1. Dari segi puasa, memakai gincu atau pelembab bibir tidaklah membatalkan puasa jika dapat dijaga jangan sampai bahan dari gincu itu bercampur dengan air liur dan tertelan ke dalam kerongkong. Hukumnya sama seperti menggunakan ubat gigi ketika sedang berpuasa. Jika bahan dari ubat gigi tidak masuk ke dalam kerongkong (yakni kita menggosok gigi dengan menjaga jangan sampai tertelan bahan dari ubat gigi itu) tidaklah membatalkan puasa kita.

Evolusi Harley-Davidson

Harley-Davidson Motor Company merupakan sebuah pengeluar motorsikal yang berpusat Milwaukee, Wisconsin. Mereka menjual motorsikal yang berkuasa tinggi (melebihi 750 cc).

Wednesday, July 24, 2013

Iklan DIGI Prepaid Rider


Hari ini bila aku jengah blog ternampak iklan baru iaitu 
iklan DIGI yang masuk bertapak kat blog aku.....
Nampak menarik iklan ini dengan warna kuningnya yang mengancam, 
berpinar-pinar mata nak terjah iklan DIGI ini.....
Apa ada pada iklan DIGI...?

MASUK AIR MELALUI SALURAN DARAH; ADAKAH BATAL PUASA?



Perkara yang membatalkan puasa ialah apabila kita memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan, sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

WORDLESS WEDNESDAY #18



Sumber

MP :  Agak-agaknya apa jenis peluru nie...?

Tuesday, July 23, 2013

Pesawat ringan jalani latihan terhempas

MELAKA - Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalani latihan terhempas di perairan Selat Melaka berdekatan Masjid Selat Pulau Melaka di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu pesawat tersebut membawa tiga orang.
Satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta dua van Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka itu.
Setakat ini laporan awal daripada komander operasi menyatakan terdapat tiga mangsa dengan dua daripadanya berjaya diselamatkan.
Pihak bomba kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat
mangsa ketiga. 

MP : Di kawasan Taman saya selalu menjadi tempat laluan udara.......

Bazar Ramadan Di Hang Tuah Mall Melaka

Minggu lepas aku pergi ke bazar ramadhan di Hang Tuah Mall Bandar Melaka.  Kali ini bazar ramadhan dibuka di Hang Tuah Mall, pada tahun-tahun sebelum ini ia dibuka di Taman Cempaka, Peringgit Melaka.
Bagi memeriahkan suasana dan mengelakkan laluan yang sesak ia dipindahkan ke Hang Tuah Mall.
Lokasinya senang sangat ia terletak berdepan dengan kolej UTEM Bandaraya Melaka dan UITM Bandaraya Melaka.
Ia merupakan jalan sehala dari Jalan Munshi Abdullah ke Jalan Hang Tuah.  

Jerebu Datang Lagi.......



Jerebu datang lagi untuk gelombang kali kedua.
Bersiap siaga dengan peralatan bagi menghindari jerebu......

Sumber

Monday, July 22, 2013

Rahsia Kenapa Jerebu Kembali Untuk Tempoh Yang Singkat

Tahu tak kenapa jerebu kembali untuk tempoh yang singkat?
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, corak tiupan angin itu akan berubah dalam tempoh dua atau tiga hari dengan angin barat laut kelajuan sederhana akan bertiup di utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala 
akan bertiup di bahagian tengah dan selatan.
MelakaBandaraya Melaka115*113*



MelakaBukit Rambai126*135*

Lagu Raya di Suria FM

a design background for Ramadan, special occasion. - stock vectorAsian cuisine ketupat or packed rice in low light setting. - stock photo
Hari ini radio Suria Fm menyiarkan lagu raya....
Pagi tadi semasa on the way pergi ke office, buka radio Suria FM dengar Maya Karin mendendangkan lagu raya baru bertajuk 'Pulang' sedap gak suaranya....
lepas tu dengar Mamat Exist dendangkan lagu raya 'Ku pohon restu ayah bonda' ,
Ramlah Ram 'Cahaya Aidilfitri' dan penyampai 
radio suria fm bertajuk 'Aidilfitri"
Siti Nurhaliza menyanyikan lagu raya bertajuk ' Anugerah Aidilfitri'
Jom klik sini sambil bekerja apa kata dengar lagu raya....
Lagi 2 minggu kita hendak menyambut aidilfitri.....

MP : Hari raya aidilfitri ini anak lelakiku sambut di Sandakan, Sabah kerana bertugas di sana.....

Tarawih & Hikmahnya



Apakah Solat Tarawih?
Solat sunnat yang dilakukan khusus hanya pada bulan ramadan. Tarawih dalam bahasa Arab adalah bentuk jama’ dari تَرْوِيْحَةٌ yang diartikan sebagai “waktu sesaat untuk istirahat”. Waktu pelaksanaan solat sunnat ini adalah selepas isya’, biasanya dilakukan secara berjemaah di masjid.

Hikmah Solat Tarawih
Malam #1Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat ampunan dari Allah.
Malam #2
Dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman), telah diampuni Allah.
Malam #3
Berserulah malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya dapat meneruskan solat tarawih terus-menerus sehingga Allah akan mengampuni dosa Anda.
Malam #4
Pahalanya Setara dengan Membaca 4 kitab Sekaligus ( Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran ) untuk memperoleh pahala.
Malam #6
Allah mengurniakan pahala dari malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
Malam #7
Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam #8
Allah mengurniakan pahala kepada orang solat tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS. 

Malam #9

Allah mengurniakan pahala dan menaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam #11
Anda akan keluar seperti baru dilahirkan dan bersih daripada dosa dan dunia (mati).
Malam #12
Allah datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).
Malam #13
Allah datang pada hari kiamat dalam aman sentosa untuk tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam #14
Malaikat datang menyaksikan proses solat tarawih, dan Allah tidak akan menghukumnya di hari kiamat
Malam #16
Allah SWT tertulis baginya, terlepas daripada neraka dan masuk ke syurga.
Malam #17
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pahalaNya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam #18
Malaikat berseru, “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)”.
Malam #19
Allah SAW tinggikan darjatNya di dalam syurga Firdaus.
Malam #21
Allah membangunkan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam #22
Allah datang pada hari kiamat, membahagiakan tiap orang yang berdukacita dan menghadapi kerisauan.
Malam #23
Allah SAW membangun sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam #24
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini.
Malam #26
Allah mengurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seperti 40 tahun ibadat. 

Malam #27

Allah mengurniakan orang bertarawih pada malam ini, segala kekuatan melalui titi Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam #28
Allah SWT mengurniakan pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam #29
Allah SAW mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

sumber

MP : Mood pelbagai......

Sunday, July 21, 2013

Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff

Assalamualaikum w.b.t


Saidah dan ikhwan yusuff sedang mencari pemenang untuk menerima 1st giveaway By:Saidah&ikhwan yusuff.Syarat yang dikenakan cukup mudah dan senang.Klik banner untuk join.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1)Buat satu post yang bertajuk Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff
2)Wajib follow blog Saidah dan Ikhwan yusuff
3)Wajib Add circle google plus Saidah dan Ikhwan yusuff
4)Lastly tinggalkan komen korang kat kotok comment-Sini
5)Giveaway berakhir pada 30/OGOS/2013

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG:
#-3 orang pemenang akan mendapat Fridge magnet&postcard daripada saidah(Diimport khas dari      Scotland)
#-2 orang pemenang bertuah akan mendapat topup RM5 setiap orang
#-4 pemenang bertuah akan direview oleh Blog ikhwan yusuff(2) dan Saidah(2)
#-4 orang pemenang akan tersenarai dalam bloglist.

Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai.Mungkin anda yang bertuah.Click Banner for joining us!

MP : Jom Join sambil menambah kenalan.....

10 Negara Yang Mempunyai Tentera Teramai



10 Negara Yang Mempunyai Tentera Teramai Dan 8 Negara Yang Tidak Ada Pasukan Tentera 

Pernahkah anda terfikir mengenai kekuatan pasukan tentera di negara seluruh dunia? Ya, mungkin bilangan anggota tentera tidak semestinya membuatkan pasukan itu kuat, tetapi ia merupakan salah satu kelebihan yang pasukan itu ada. Kami ingin berkongsi dengan mengenai 10 negara yang mempunyai pasukan tentera yang terbesar di dunia yang kami dapat dari Curiousityaroused ini.

Saturday, July 20, 2013

Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli..

ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua terutama kepada pengguna Twitter.. Segmen ini akan bermula pukul 11:00 Pagi Sabtu - 20 Julai 2013 hingga 3.00 Petang Rabu - 24 Julai 2013 sahaja..

Tanda penghargaan bagi yang join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli ini, DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. PALING PENTING Follow Twitter ERAZ FADLI
  2. Jika berminat, boleh follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli..
  3. Buat tajuk entri Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli..
  4. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

MP : Jom join...klik banner

Friday, July 19, 2013

Menyelami Kehidupan Komando



ROMBONGAN petugas media ke Pusat Latihan Pasukan Khusus (Pulpak), Sungai Udang, Melaka baru-baru ini benar-benar memberi pengalaman baharu kepada mereka.

Rombongan kira-kira 100 peserta pelbagai pertubuhan media termasuk cetak dan online dibawa menyelami kehidupan para komando selama dua hari satu malam di pusat berkenaan.

Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Aku terjumpa kenyataan ini di dalam facebook pagi tadi dan aku share untuk uolls....jom baca....



Sumber

MP : Sibuk buat kuih raya.......

Kem Tentera Baharu Di Port Dickson Ganti Kem Rasah






SEREMBAN 17 Julai - Kem tentera yang baharu akan dibina di Port Dickson bagi menggantikan Kem Rasah di sini, kata Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad.
Katanya, peruntukan RM118 juta di bawah 'Army Care' telah diluluskan untuk projek itu di kawasan seluas 68 hektar di Bukit Hitam, Sunggala yang dijangka bermula tahun depan dan mengambil masa di antara 24 bulan hingga 36 bulan untuk disiapkan.

"Sekarang ini kita telah berbincang dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) Jabatan Perdana Menteri mengenai perumahan di kem tersebut. Lakaran infrastruktur kem pun telah kita bincang," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Panglima 1 Briged di padang kawad 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Senawang dekat sini, hari ini.

Thursday, July 18, 2013

Bazar Ramadan Bukan Bazir Ramadan

Kalau kita pergi ke bazar ramadan mata kita jahat sebab semuanya kita  nampak sedap.
So... kawal mata kita, kawal nafsu kita untuk membeli di bazar ramadan supaya tidak membazir.....



Sumber

MP : Hari ini hari ke 9 kita berpuasa di bulan Ramadan 1434H

Kalau Ayam Mahal Jangan Makan Ayam.....



Tak faham aku kenapa seorang menteri tu cakap kalau ayam mahal jangan makan ayam....boleh gitu, kenapa ler menteri sekarang cakap ikut sedap mulut jer tanpa berfikiran rasional....
Perkara mengenai kenaikan mendadak harga ayam menjadi sindiran di laman sosial.....

" kalau harga ayam mahal makan daging, kalau harga daging mahal makan ikan, kalau harga ikan mahal makan ler ubi kayu....setel..untung rakyat malaysia janji negara aman......"

Picture

MP : Nak raya ni ayam menjadi pilihan ramai......ye tak...?

Biochemic Anti-Cellulite & Anti-Cellulite Cream (pecah lemak dan selulit)

Hari ini aku nak  kongsikan mengenai selulit, aku dapat info ini dari e-mail dan di sini aku review untuk uollss....
Illustration of skin cross section showing cellulite - stock vectorA woman body getting a massage, close up - stock photoHip, legs and tape measure in hand cellulite liposuction woman weight loss control concept isolated against white background - stock photo



Fakta :
"Remedi Homeopathy adalah selamat untuk diamalkan pada jangkamasa yang panjang, dan tidak akan tercetus TERJADINYA ketagihan kepada sesuatu remedy itu"

Anda perlu tahu 3 perkara kritikal yang asas seperti

· Anda perlu tahu kenapa tubuh anda terdapat selulit 
· Apakah selulit itu
· Anda perlu tahu cara/remedi yang "proven"/ terbukti untuk mengatasi selulit

Kenapa Terjadi Selulit?

Wednesday, July 17, 2013

Melapor Diri Di 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan Sandakan Sabah

Kompeni Golf

Sekarang anak aku yang sudah pun jadi rekrut di ATM dan telah pulang bercuti
 hampir 2 minggu.
Beliau akan dihantar bertugas di  22 RAMD di Kem Sri Kinabatangan di Sandakan Sabah minggu depan.
Akhirnya beliau ditugaskan ke Sabah...satu-satunya tempat yang dia belum sampai lagi....
& tak tahu situasi di sana....

WORDLESS WEDNESDAY #17



MP : Tiada kata mengambarkan perasaan......

Tuesday, July 16, 2013

Bazar Ramadan Mega Jalan Hang Tuah Mula Jadi Tumpuan




MELAKA - Suasana malam di Jalan Hang Tuah yang dulunya sepi kini menjadi meriah apabila Bazar Ramadan Mega mula beroperasi di bulan ramadhan ini.
Bazar yang pertama kali diperkenalkan di Jalan Hang Tuah bermula dari Dewan Hang Tuah hingga ke Restoran Subaidah sepanjang satu kilometer itu menjadi tumpuan orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Hari Sukan Sekolah Di Stadium IPPM Melaka

sekitar IPPM
Ini cerita seminggu sebelum puasa, hari sukan Sekolah anak aku (SKT 2) diadakan di Stadium Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPPM) dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Melayu Melaka.
Actually aku dah lama tak masuk maktab perguruan ini, last pergi masa zaman sekolah menengah dulu ikut cikgu maktab, so bayangkan dah berpuluh tahun tu...hehe (nampak sangat aku dah .....oppss...)

Monday, July 15, 2013

Jamuan Berbuka Puasa Sekali Lagi...

Sekali lagi jamuan berbuka puasa di rumah mak aku untuk malam ke dua sebelum adik beradik aku gerak balik ke Shah Alam.  Kali ini lagi banyak menu yang dimasak antaranya sambal udang, masak lemak betik, ayam goreng, kue tiaw, mee hon, cempedak goreng, jagung rebus dan pelbagai kuih muih.....(penuh meja...dua kali pandang pinggan semua dah licin) tapi gambar makanan tak sempat nak snap....Malam ke dua ini lebih tertumpu pada acara potong kek birthday...
Masa jamuan tu kita orang sambut birthday untuk mak, adik beradik, ipar duai dan anak-anak buah yang lahir di bulan Julai...(ramainya yang lahir dalam bulan Julai)
Sempat snap gambar nie sahaja....layannnnnn....




MP : Sudah masuk 6 hari ramadhan.......

Apartment Mewah Di Amerika Syarikat

APARTMENT MEWAH ini bernilai USD115,000,000 di Amerika Syarikat....
Apa yang ada di apartment mewah ini, jom kita tengok gambar-gambarnya:-

expensiveapartment1

Sunday, July 14, 2013

Jamuan Berbuka Puasa Di Kampung

Semalam  ada majlis berbuka puasa bersama adik beradik dan anak-anak buah di rumah mak aku di kampung....Banyak menu disediakan antaranya paprik ayam, tomyam, ikan siakap, ikan cencaru bakar, jagung bakar dan banyak lagi.....
Sungguh meriah sekali bila dah berjumpa dengan adik beradik,,banyak story mory yang dibualkan sambil ada yang sempat jual kuih raya dan tudung.
Selepas berbuka kita orang bersantai sambil menonton cd anakku semasa di PUSASDA.
Jom tengok gambar ohsem ini......







MP :  Lagi seminggu jer anakku akan berangkat bertugas di Sandakan......