Sunday, January 19, 2014

Alternatif Kalau Terlupa Bawa Tesco Club Card



Pagi tadi aku ke Tesco untuk membeli barang dapur, tapi akibat terlebih makan ubat dan mungkin mamai sikit kerana sakit, aku boleh terlupa pulak bawa kad Tesco Club Card.

Kalau keluar rumah aku selesa tak bawa handbag hanya bawa handphone, duit, kad pengenalan dan lesen memandu dan selitkan kat dalam poket seluar jer.... Kad tu terletak bersama kad-kad lain kat dalam handbag tu.  

Tapi dengan fikiran yang mamai kita jangan kalut, sebagai alternatifnya tadi aku apply satu lagi kad Tesco.  Aku cakap jer kad hilang, dorang akan bagi kad baru tapi kena isi form dulu.  Kad yang diberi ini  'PERCUMA', tapi kalau kad shopping mall lain aku kurang pasti pulak, rasanya kena bayar (kalau tak silap ler).  Tesco Club Card ini penting kalau shopping kat sini banyak point yang akan dapat......

Selesai sudah apply kad baru baru boleh shopping dengan senang hati.  Hari ini pulak banyak barang untuk musim Tahun Baru Cina yang akan datang, lagi 2 minggu nak raya......hihihi

MP : Mood hijau....ingat nak beli pokok buluh fengshui tu...takper nanti singgah ler....