Apakah Itu Perkhidmatan "My School SMS Secreatary" ?

Danbo IPhone - chill, cool, karton, klotezooi, hoi, hip, iphone, telephone, danbo
sekadar hiasan

Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (MGS2) Jalan Tengkera Melaka merupakan sekolah berprestasi tinggi Tahap 3, oleh yang demikian pihak sekolah telah mengadakan sistem "My School SMS Secreatary".

Tahukah anda Apakah Itu Perkhidmatan "My School SMS Secreatary" ?  Ia merupakan satu perkhidmatan yang membolehkan pihak sekolah menyampaikan maklumat terkini atau aktiviti berkaitan sekolah kepada ibu bapa melalu penghantaran SMS.
Melalui penggunaan sistem perkhidmatan ini, para ibu bapa akan menerima maklumat atau aktiviti sekolah secara terus, cepat, tepat dan efisyen serta mengetahui keadaan sekolah secara menyeluruh.  Dengan ini, komunikasi 2 hala yang berkesan antara ibu bapa pelajar dengan pihak sekolah dapat diwujudkan.


Mengapakah perkhidamtan "My School SMS Secreatary" ini dilancarkan di sekolah?

Ia bagi memastikan setiap maklumat dapat disampaikan secara terus kepada ibu bapa pelajar.  Penting...ia bagi mengatasi masalah kecuaian murid/pelajar yang menghilangkan notis bertulis, sengaja ataupun lupa untuk menyerahkan notis kepada ibu bapa mereka. Perkhidmatan ini membantu ibu bapa menerima maklumat secara terus walaupun murid tidak hadir ke sekolah.

Pemberitahuan Notis Umum :-
seperti notis sekolah ganti, peringatan minggu ulangkaji untuk murid.  Notis tarikh ujian dan peperiksaan sekolah.   Notis aktiviti Kokurikulum sekolah, notis hari sukan, notis mesyuarat PIBG, notis pengumuman keputusan peperiksaan, notis hari orientasi, notis hari perjumpaan ibu bapa dan guru (PIBG), notis hari guru, notis sambutan ulang tahun sekolah dan sebagainya.

Menyebarkan maklumat penting atau cuti tergempar di luar waktu persekolahan.
contoh : maklumat cuti penularan wabak penyakit, cuti bencana alam seperti banjir, cuti berganti, cuti peristiwa atau pun pembatalan aktiviti secara tiba-tiba.

Memberi peringatan "reminder" berguna kepada ibu bapa berkaitan asek keselamatan murid.
Contoh: Peringatan tentang berlakunya kes-kes seperti penculikan murid, rusuhan, pencabulan, pergaduhan dan tentang aspek keselamtan yang perlu diikuti di kawasan tapak pembinaan yang sedang dijalankan dalam kawasan sekolah yang boleh mengancam keselamatan murid dan pelawat.

Melindungi Alam Sekitar
Contoh: secara tidak langsung memelihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat untuk mencetak notis bertulis.

Oleh yang demikian ibu bapa hanya perlu membayar  RM 10 sahaja setahun bagi perkhidmatan ini.  Kemudahan ini wajib bagi kebanyakkan sekolah sebab ia menjadi nadi penghubung antara PIBG, pentadbir sekolah dan ibu bapa.

MP :  Rasanya kebanyakkan sekolah telah ada sistem ini kerana keberkesanannya kepada kita semua.....

Comments

Popular posts from this blog