Thursday, January 23, 2014

Bagaimana Nak Mengira Menggunakan Sempoa ?

Sempoa

Kalau aku tanya apa benda kat atas tu hampir semua orang tahu.... jawapannya ialah sempoa.  Tapi bagaimana nak mengiranya? Ramai yang kurang faham bagaimana nak mengiranya.

Tetapi murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sudah tahu nak menggunakannya. Hanya murid-murid di Sekolah Kebangsaan agak kurang mahir di dalam penggunaannya.  Ok ....di sini pada mulanya aku pun kurang faham penggunaannya.  Tetapi setelah aku semak buku teks matematik darjah satu kepunyaan anak aku, di samping bertanya dengan officemate yang berbangsa tionghua, aku yakin ada persamaannya.

sumber
Caranya perhatikan papan sempoa di atas.  Barisan bim di atas, sekiranya manik itu ditolak ke bawah ia dikira nilai 5 . Jika ditolak ke atas tiada nilai.  Untuk manik di bawah bim itu sekiranya manik ditolak ke atas dikira untuk nilai satu.  Untuk tambah 2, naikkan 2 manik ke atas, hasilnya adalah 3. (Contohnya manik di tolak satu ke atas (nilai 1 ditambah 2 manik) ditolak 2 ke atas, hasilnya adalah 3.) 

Fahamkan....bagaimana penggunaan sempoa.  Untuk murid tahun satu sempoa telah diajar di awal persekolahan.  So para ibu bapa kena ler belajar sekali, di samping megajar anak ambil sebagai subjek tambahan kita.....boleh...!!!

MP :  Sempoa juga dipanggil abakus......