Tuesday, January 28, 2014

Bantuan Awal Persekolahan 2014


Alhamdulillah bantuan awal persekolahan untuk tahun 2014 telah selamat diterima. Untuk makluman bantuan ini perlu diberi kepada murid-murid sebelum hujung bulan ini.


So, petang semalam aku bergegas ke sekolah untuk mengambil bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100 ini.  Ada perbezaannya pemberian kali ini dengan tahun lepas.  Pada tahun lepas duit yang diberi dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertulis 'Bantuan Awal Persekolahan' tetapi pada tahun ini tiada pulak sampul surat tu.  Tak tahu ler kenapa pula tahun ini tiada.(budget ke.....?)

Bukan nak komplen pemberian bantuan ini, tapi pada pendapat aku adalah lebih baik pemberian ini diberi terus kepada pihak sekolah.  Sebabnya pada awal persekolahan yang lepas parent kena bayar bermacam-macam yuran dan buku-buku tulis bersama peralatan sekolah yang diwajibkan kepada murid-murid, lebih seratus ringgit jugak perlu dibayar. Tolak jer terus duit bantuan tu bukan ke senang.  Parent tak perlu lagi pergi ke sekolah untuk menuntut bantuan tersebut.  Pi mai pi mai tang tu jugak..... 

MP : Tapi lain orang lain pendapatnya.......