Thursday, January 16, 2014

Bas Elektrik Pertama Di Melaka


sumber

Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang memulakan langkah penggunaan bas elektrik di Malaysia.  Apa yang menariknya bas elektrik ini?  Sempena penggunaan teknologi hijau yang telah berjaya digunakan di negara-negara maju, Melaka berjaya mengorak langkah dalam penggunaan bas elektrik.  Penggunaannya dapat mengurangkan penghasilan karbon dan pencemaran udara.

Bas elektrik pertama di negara ini dikenali sebagai Bas Elektrik Melaka yang dikeluarkan oleh syarikat Automotif BYD Berhad (BYD) dari Shenzhen, China.

Bas Elektrik ini berukuran 12 meter panjang, 2.5 meter lebar dan 3.5 meter tinggi ini mampu memuatkan sehingga 30 penumpang duduk dan 20 penumpang berdiri pada satu-satu masa.  Ia menggunakan kuasa bateri jenis Iron-Phosphate (Fe bateri) yang tidak mudah terbakar berkapasiti 324 kilowatt.  Ia mengambil masa selama 6 jam untuk dicas penuh dan mampu digunakan bagi jarak sehingga 300 kilometer sekali cas.

Menurut Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panaroma) tidak akan mengenakan harga tambang sehinggalah dijangka memulakan operasinya pada September 2014.  Harga tambangnya nanti adalah sama dengan bas lain.

Buat permulaan penggunaan bas ini hanya di sekitar Bandaraya Melaka sahaja dan perkhidmatannya percuma  dalam tempoh percubaannya selama 3 bulan.

Bagi yang ingin merasakan kelainannya boleh datang ke Melaka.  Jom melawat Melaka.


MP :  Belum pernah naik lagi bas elektrik ini lagi........