Tuesday, January 7, 2014

Dapat Cenderamata Melancong


Key chain from Kuching, Sarawak

Cuti sekolah yang lepas aku hanya kerja...kerja....kerja...tak ke mana pun, kumpul duit untuk buat persiapan anak yang nak ke sekolah. Banyak belanjanya kali ini sebab my girl yang bongsu masuk darjah satu.
Walaupun aku tak ke mana masa cuti sekolah lalu, tapi aku banyak dapat cenderamata @ cenderahati dari my sister dan kawan.

Meh sini aku story....keychain kat atas tu my sister bagi masa dorang pergi melancong ke Kuching, Sarawak. Rasa jugak dorang gi sana....kalau aku tak dapek nak poie....huhu... jadi ler key chain boleh juga aku sangkut kunci @ sangkut kat beg...(teringat time sekolah dulu berebut nak sangkut key chain kat beg, kalau berjalan sure berlaga-laga bunyi key chain tu...haha)

T-shirt form Batam Island

Gambar kat atas tu aku dapat t-shirt dari my young sister bongsu yang bagi.  Dorang sefamily dengan mak aku follow sekali pergi bercuti ke Batam Island. (Ikut plan dorang nak gi Krabi, Thailand tapi sempadan Thailand dah kena bom so cancel ler ke Krabi).  Tak dapat pergi sana ada jugak habuannya untuk aku...hihi....


fridge magnet dan selendang from Kemboja

Haa...yang ini special banyak bukan sikit tau, my friend sefamily balik kampung kat Kemboja sana.  Macam-macam yang dorang bagi.  Antaranya fridge magnet (i like it), selendang (cantik sangat), beg kecil, gula tebu (warna putih macam gula melaka) dan ikan haruan pekasam.  My son dapat t-shirt jugak.  

beg kecil from Kemboja
Terima kasih sebab sudi bagi cenderamata nie, lain kali kalau korang jenjalan bagi ler lagi...hihihi....

MP : Guna Samsung Note 3.....