Elaun Kasih Sayang Dari Anak Yang Berkhidmat Dalam Tentera


Alhamdulillah....Setelah lama menunggu akhirnya hari ini baru ler masuk elaun yang wajib diberi oleh anak yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Transaction date
Description
Debit
Credit
28-Jan-2014
PAYROLL-MINISTRY OF 29
RM

Untuk makluman setelah rekrut tamat latihan di PUSASDA, pegawai yang bertugas akan meminta salinan kad pengenalan dan akaun bank kepunyaan ibu.  Kalau yang dah berkahwin salinan kad pengenalan dan akaun bank kepunyaan isteri.  Potongan ini diberi nama elaun kasih sayang yang wajib dipotong untuk diberikan kepada yang berkenaan.

Potongan elaun yang diperuntukan adalah berbeza, sekiranya isteri pegawai ditetapkan sebanyak 10% daripada gaji pokok dan bagi isteri Lain-Lain Pangkat (LLP), adalah mengikut kemampuan.  Itu pada yang dah berkahwin, yang bujang diwajibkan membuat potongan elaun kepada ibu. (kalau tersilap sila beritahu)

Itulah kelebihannya sekiranya ada anak atau suami yang menganggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Kebajikan keluarga dijaga dan diberi keutamaan.

MP :  Alhamdulillah.....

Comments

Popular posts from this blog