Thursday, January 16, 2014

Luahan Hati Perajurit Negara

kredit sumber

ORANG AWAM......Kami bekerja waktu pejabat, jika rajin buat overtime, gaji kami besar. Cuma perlu beri komitmen terbaik.  Kami sentiasa bersama keluarga, hari perayaan kami sentiasa ada. 


TENTERA.......Kami bekerja 24 jam sehari, kalau malas baru kami dapat lelap ayam, gaji kami kecil tak setanding sijil dan masa perkhidmatan.  Waktu perayaan jika ada belas kasihan dapat ler cuti dari pegawai atasan.  Tapi kami kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami, korbankan kasih sayang kami. Sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas.  Badan kami untuk negara, makanan kami ala kadar, perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.  Pakaian kami tak perlukan jenama.

APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT! KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.....errrmm, betul ke aman? Aman bagi rakyat tapi bagi kami, kami sentiasa berperang.  Mental kami sentiasa diuji.

ORANG AWAM......Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer, askar buat apa? 

TENTERA..... Kami tiada belas, ikutkan jiwa kami nak cincang penceroboh negara.  Tapi kami penuh disiplin. Strategi kami demi rakyat yang tak berdosa.  Bukan semua pertahanan kami dibenarkan. 

ORANG AWAM.....Alahhhh.....polis kita dah mati.  Askar jalankanlah tugas. 

TENTERA.....Malaysia negara diplomatik.  Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama. Memang polis dah ada yang mati, tapi kalau tentera masuk campur. Peperangan akan berlaku, bukan sahaja polis, malah orang awam turut akan terkorban.

ORANG AWAM......Sudahlah.....kerajaan lembab.....tentera malas, kami rakyat ketakutan.

TENTERA........Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami, mental kami, hidup kami dan harta kami untuk negara.  Tapi kami tetap setia kepada negara, nantikan arahan dan kami akan bertindak.  Tindakan kami ada strategi.  Polis pun hebat cuma mereka tak diberi kuasa oleh undang-undang. Rakyat bersuara.... kami terima, arahan diberi.....kami mara.  
Ini kerana Malaysia, kita yang punya....

Kenapa tentera selalu dipandang rendah oleh masyarakat..orang hanya tahu mengutuk tapi sebenarnya merekalah yang paling penakut..... jangan hanya pandai bercakap tentang keberanian.....Jika tidak tahu nak membuktikannya......

sumber

MP :  Biarlah orang awam nak kata apa, selagi hayat dikandung badan selagi nyawa bukan di hujung senjata aku tetap terus berjuang bagi menjaga tanah air tercinta.......inikah harga yang perlu dibayar....?