Wednesday, January 29, 2014

Mana Satu Pilihan Anda ?


Musim perayaan Tahun Baru Cina makin hampir yang akan disambut pada hari Jumaat nanti. Oleh yang demikian ada di antara kita yang dah start bercuti panjang.
Dalam ada yang nak bercuti panjang tu, macam biasa ler ada jugak yang bergaduh sakan @ bertingkah pendapat nak balik ke kampung masing-masing.  Dapat pula yang bekerja di ibu kota, isteri orang utara manakala suami pula orang selatan.  Camner tu.....?

Takkan nak ohsom pulak @ lambung duit syiling tengok siapa yang menang?  Budi bicara pasangan perlu diambil kira jugak.  Lain kali kalau yang berkahwin rumah suami belakang jer rumah isteri, apa yang nak digaduhkan.  Sepelaung kalau menjerit dah dengar.  Tapi takkan nak menjerit memberontak pulak buat pasangan yang tinggal berdekatan.

Perlu pula diingatkan kalau dah tinggal berdekatan tu, tak perlu ler nak menjerit pada ipar duai yang tinggal berjauhan supaya balik ke rumah emaknya sendiri iaitu rumah mertua ipar duai.  Tak perlu ler nak bersyarah memanjang kat adik sendiri kalau adiknya tak berkesempatan balik kampung.

Kadang-kadang itu ler perkara yang perlu dikorbankan kalau berkahwin dengan pasangan yang tinggal jauh dari kampung anda.  Buat ipar duai pulak tak payah menyalak bukit yang tak tentu bilanya nak runtuh.  Peranan ipar duai nie penting buat pasangan yang berumahtangga.  Tarik rambut dalam tepung rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.  Jaga rumahtangga masing-masing @ jaga periuk nasi masing-masing.  Kalau dah tinggal sendiri tu, makan ke tak ke orang luar tahu ker?  Maksudnya masalah rumah tangga perlu diselesaikan bersama.  Orang luar tak perlu campur tangan.


Selamat bercuti.....
MP :  Sekadar peringatan bersama......