Monday, January 13, 2014

Musim Buah Durian Di Kampung

pokok durian
Kat kampung aku sekarang musim buah durian.  Durian kampung ini sedap.  Rasanya ini kali ke 2 buah durian ini berbuah, kali pertama pada awal tahun lepas, lepas tu ia berbuah lagi hujung tahun lepas.  Aku agak kurang makan buah durian ini, tapi kalau dimasak lauk tempoyak memang laju jer makan....hihi

Dua minggu lepas balik kampung mak aku masak bubur kacang hijau letak durian memang sedap...marveles...rugi ko sapa tak rasa....Adik beradik aku yang tak dapat balik (dok kat Shah Alam)  tu ada dikirimkan melalui pos laju adik lelaki (yang bongsu) dorang ada balik kampung hari tu, merasa ler sorang sikit buburnya.
Buah langsat pun menjadi jugak, puas makan buah langsat.  Rasanya manis sampaikan semut pun suka menyelit sekali.....(tak termakan rasanya...)


banyaknya buah durian kat atas tu
Bagi yang ada kampung tu sure meriah sebab sekarang nie banyak musim buah-buahan.  Ada rambutan, manggis, nangka, cempedak tu kat sekeliling rumah.  Balik ler kampung sambil melawat orang tua kat kampung ko boleh rasa sekali buah-buahan yang melambai-lambai tu...Kalau yang takder kampung ko pergi ler mengedeng kat kawan yang ada kampung...sure dapat merasa jugak...tak gitu....hihihi.....

MP :  Buah manggis my favourite.....tapi dah lama tak merasa ciku....pun sedap gak...