Semakan Keputusan Akhir Perajurit Muda



Di sini ada pengumuman semakan keputusan LAYAK PERINGKAT AKHIR kini boleh di akses melalui url: http://army.mod.gov.my/akhir/ . 


Sebarang pertanyaan sila berhubung di talian yang tertera pada sistem semakan. 
Kalau kawan-kawan, adik-adik atau sesiapa yang telah membuat permohonan untuk menganggotai Perajurit Muda Tentera Darat janganlah malu-malu klik kat web di atas.

Pastikan membawa dokumen yang diperlukan, jangan lupa dokumen yang original yea. Peringatan juga pastikan kesihatan anda adalah yang terbaik kerana akan ada latihan jasmani dan fizikal semasa pemilihan akhir.  Pastikan gigi anda keadaan baik dan tidak berlubang jika berlubang segeralah tampal. Ini sekadar peringatan berdasarkan pengalaman, jika gigi anda tidak baik, sia-sia disuruh balik jer.  Pihak Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) akan memeriksa badan, mata dan fizikal anda.  Kalau nak tahu cara pemeriksaannya hadirlah ke tempat yang ditetapkan.  

Baca arahan di dalam surat tawaran : hanya Pakaian Sukan (track suit, t-shirt berkolar, kasut sukan dan stokin).

“80 TAHUN PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN” 

sumber

MP : Ada berani...bila lagi.....semoga anda berjaya....

Comments

Popular posts from this blog