Barang Zalora Dah Sampai


Servis Zalora memang pantas pagi rabu lepas aku order, keesokannya hari khamis petang barang yang aku order dah sampai.  Penghantarannya menggunakan courier G-Dex.

Bila buka parcel tu dapat beg kain biru,macam dalam gambar kat bawah ni. Ada voucher discount 10 % dan voucher RM 25 untuk yang pertama membeli-belah di Zalora.  Sekiranya uolls hendak memulangkannya, pihak Zalora ada menyediakan 'Nota Kiriman Pos Laju' yang sudah disiap tulis nama penerima oleh Zalora.  Ini memudahkan penerima untuk memulangkan sekiranya barangan tersebut rosak, salah size, tidak suka dengan barangan yang diterima dan sebagainya.  




Pastinya kena pandai memilih barangan yang uolls minat dan sesuai dengan pilihan sendiri.  Cer tengok kasut sukan yang aku beli ni (brand Power)....dalam gambar ni nampak besar gedabak, bila menyarungnya terasa kelembutannya dan aku belum rasmikan lagi.  Tapaknya berwarna pink dan ia juga sesuai untuk lelaki. Sebenarnya aku nak memilih pattern lain tapi saiznya dah habis, nak tak nak aku pilih yang ini sebelum voucher RM 50 ini expired dalam hujung bulan Februari ini.  Harga kasut ini RM 59.99, aku hanya tambah RM 15.00 sahaja termasuk kos pos dalam RM 5.  Aku memilih Cash On Delivery (COD).






MP :  Semalam pergi joging guna kasut sukan lain brand 'New Balance'.....

Comments

Popular posts from this blog