Friday, February 14, 2014

Bayar Bil Cukai Taksiran Harta Dapat Payung

Bil Cukai Taksiran Harta

Di sini aku nak war-warkan cukai taksiran harta mesti dibayar sebelum 28/02/2014 ini. Sekiranya tidak dibayar harta anda kemungkinan besar akan disita nanti.

Hari itu aku pergi ke MBMB yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak Ayer Keroh, kebetulan aku ada urusan sambil lalu di sana aku singgah untuk membayar cukai taksiran harta.  Ambil nombor, dalam beberapa second nombor aku naik terus aku ke kaunter pembayaran. Selepas bayar, aku tanya kerani berkenaan ada payung tak? (macam tak malukan tanya)  Tapi uolls nak tahu tak macam mana aku tahu bayar cukai taksiran harta boleh dapat payung? Sudah tentu ler aku dapat maklumat melalui 'facebook saya anak melaka' .  Maklumat terkini pun boleh didapati melalui laman web MBMB. Tapi uolls jangan segan-segan nak minta payung sebabnya kerani di kaunter takkan cakap punya.  Sebab aku perhatikan dia diam jer.....selepas aku bayar, tanya jer....

Selepas bayar uolls akan diberitahu kena bawa resit pembayaran dan terus ke Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBMB di tingkat satu.  Di tingkat satu di sebelah kanan yea jangan pergi ke sebelah kiri.  Hari itu aku terus ke sebelah kiri tetapi department lain, dorang pulak pandang aku semacam...mesti ramai yang tersalah tempat macam aku. Macam tahu-tahu jer aku nak minta payung free....hihihi..."Cik nak payung yea....bukan sini tapi di sana" amik ko....

Nah tengok payung free ni...ada tertulis MBMB lagi...
Kat negeri-negeri lain ada tak dapat cenderahati bila bayar cukai taksiran harta.....?


MP :  Agak-agak berapa keuntungan hasil bayar cukai yea...?