Bila Junior Army Menggayakan Peralatan Pergi Operasi


Jangan terperanjat tengok askar junior ini (my junior) menggayakan peralatan tentera semasa nak pergi operasi.  Nie baru peralatan dia jer, beg sandang tu beratnya kalau penuh berkilo-kilo nak disandang.  Itu pun ada lagi beg-beg yang perlu disandang dan disangkut pada badan.  Botol air tu aku sangkut jer dan klip kat tali beg tu.  Tak tahu kedudukannya macam mana ek.





Amik ko abangnya tak der, (cuti-cuti Malaysia) sekali adiknya mengenakan peralatan ini siap dengan kasut tentera dan topi tu ha.....topi tu mahal ada lambang  Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). (hope jangan dia marah yea)....Sapa suruh main letak jer dalam bilik tu haa...... Adiknya suka sangat nak menggayakannya, tapi uniform tentera yang kecil tak der pulak, yang ada abangnya punya uniform yang besau gedabak tu ha.....

Actually my son tu baru balik dari Sabah, hujung bulan nie nak lapor diri untuk Kursus Asas Komando di Pulpak Sungai Udang, Melaka.  Dia terpilih untuk basic komando tu.  Amik ko bukan calang-calang terpilih, entah macam mana boleh lak terpilih.  Masa training di PUSASDA pun dia terpilih jugak, tapi ditolak.  Lepas dihantar bertugas di Sabah terpilih untuk kedua kalinya.  Setiap unit dikehendaki menghantar 5 anggota untuk mengikuti kursus asas komando.  Aduhai.....Nak tak nak kena hadiri juga......yang penting kesihatan mesti baik.  Entah macam mana nak hadap latihan komando nanti.....sabor jer ler.....aku pulak yang risau....

MP :  Nanti ler aku story lagi pasal komando ini.....

Comments

Popular posts from this blog