Monday, February 24, 2014

Diari Seorang Tentera Untuk Isteri

sumber : google
Petikan ini aku ambil dari wechat anak aku yang berkhidmat sebagai anggota tentera.  Sekarang sedang bertugas di Sabah.

Maafkan jika setiap minggu tak
dapat tidur bersama kerana syif
malam...Kadang2 awk yang tolong
masak...Tolong jaga anak... Bertuahnya
mendapat isteri seperti awk...Maaf juga cuti
tak menentu,bukan macam cikgu,cuti Sabtu
Ahad, kita keluar makan angin pun masa
bukan musim cuti sekolah..tak meriah kan.......

UNTUK BAKAL ANAK-ANAKKU Maafkan ayah
jika disaat kamu lahir nanti, ayah tiada disisi
kamu dan ibumu kerana tugas hakiki yang
terpikul dibahu...Maafkan ayah yang tak
banyak masa untuk anak2 ayah...Balik
sekolah,ayah pulak kerja petang...Kena tinggal
dengan pengasuh bila ibu pun kerja...Seawal
6pagi sebelum budak2 lain bangun, ayah dah
kejutkan anak ayah untuk ke rumah pengasuh
sebab syif pagi ayah bermula seawal 0630am,
kesian kan...bukan seperti pekerja ofis pukul
0800am..

UNTUK IBU BAPA DAN MERTUA KU Maafkan
anak mu ini kerana tatkala anak2 mu yang
lain berkumpul pada Sabtu Ahad,anak mu
seorang ini tidak dpt bersama kerana tugas
kami yang tak tentu cuti...Pada hari raya pula
kami berkerja, selepas habis suasana raya
baru la muka kami kelihatan....Kami cium
tanganmu bukan dipagi raya pertama......

UNTUK SAUDARA MARAKU Maafkan ku kerana
tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara
saudara mara kerana tugas kami tak seperti
orang lain,masa orang cuti kami berkerja,masa
orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang
yang nak buat kenduri masa hari berkerja
awam..... ITULAH KEHIDUPAN KAMI.!!!

copy paste
MP :  Itulah luahan anggota tentera kita yang sedang berkhidmat untuk negara Malaysia tercinta.  Tiada masa senggang bersama keluarga.  Di kala kita sibuk menjalankan aktiviti masing-masing, haruslah kita bersyukur sebab tanahair tercinta ini masih lagi aman.....