Kad Kahwin Facebook

Beras kunyit kami taburi. Air mawar direnjis wangi. Undangan kami setulus hati. Harap sudi datang merai....


Minggu lepas anak aku tengok kat peti surat ada terselit kad jemputan kahwin.  Bila buka tengok kad jemputan ini patternnya macam facebook.

"Mama cantik kad jemputan kahwin nie...., macam facebook ler".  Kalau dulu-dulu memang jauh bezanya pattern kad jemputan kahwin. Memang simple dan murah harga untuk satu keping kad. Sekarang pelbagai pattern digital dan unik yang memang jarang kita tengok.  Ada tu aku pernah tengok kad jemputannya dah macam bil TNB....  berbentuk CD pun ada....memang kreatif designer kad-kad jemputan kahwin nie. 

Agak-agak berapa harga sekeping kad nie ek....?  Lari budget kalau harganya tinggi, bayangkan kalau sekeping kad harganya RM 1.00 sekeping x 1000 keping = RM 1,000.00. (itu budget untuk kad jer...habis yang lain-lain macam kenduri kendara, mesti habis beribu jugak...) Majlis perkahwinan sekarang tak cukup RM 10,000....

Majlis jemputan ini akan berlangsung pada hari sabtu ni tak jauh dari rumah aku.  Excited nak pergi sebab tuan rumah nie kawan my hubby...kenduri rumah baru sekali....hihi

MP : Negeri Melaka...air masih belum dicatu lagi......

Comments

Popular posts from this blog