Kenali Denggi

Photo: Kerajaan Akan Perangi Denggi Habis-Habisan #Malaysia

PUTRAJAYA - Pengasapan akan dilakukan di 10 kawasan panas denggi untuk membunuh larva dan nyamuk dewasa selama empat minggu berturut-turut selepas kerajaan mengambil keputusan memerangi penyakit ini habis-habisan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata mekanisme pengasapan mingguan menggabungkan penggunaan serentak racun serangga dan temephos akan bermula minggu ini.

Bagaimanapun lokasi-lokasi terbabit akan dimaklumkan kemudian.

Kementerian juga akan menganjurkan pembersihan besar-besaran terhadap kesemua 10 kawasan panas denggi pada 2 Mac membabitkan pihak berkuasa tempatan dan kawasan kejiranan.

"Setakat ini, kira-kira 50 peratus daripada mereka yang datang ke hospital awam dengan aduan demam telah menerima diagnosis awal.

"Kami berharap mereka yang mengesyaki mempunyai gejala denggi supaya jangan berlengah mendapatkan rawatan di hospital awam kerana komplikasi boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mengambil tindakan dengan segera," kata Dr Subramaniam pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Sementara itu, data kementerian terus menunjukkan peningkatan kes denggi pada minggu lalu, dengan lonjakan sebanyak 68 kes (atau 3.1 peratus) daripada 2,197 kes yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes denggi tahun ini kepada 13,915, iaitu 302.2 peratus atau 10,455 kes lebih daripada apa yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Enam kematian berkaitan dengan denggi dilaporkan minggu lepas, menjadikan jumlah kematian denggi kepada 25 kes atau lebih 17 kematian berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Selangor kekal negeri dengan bilangan tertinggi kes denggi setakat ini tahun ini (7,507 kes), diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,395 kes), Perak (966 kes), Johor (943 kes) dan Negeri Sembilan (858 kes).
Jabatan Penerangan Malaysia

Penyakit denggi semakin meningkat naik di setiap negeri.

Bilangan tertinggi kes denggi setakat ini untuk tahun 2014 :-

i)    Negeri Selangor  - 7,507 kes
ii)   Kuala Lumpur     - 1,395 kes
iii)  Perak                -  966 kes
iv)  Johor                 -  943 kes
v)   Negeri Sembilan  -   858 kes

Sekiranya ada simptom-simptom demam denggi, segeralah ke klinik yang berdekatan.


MP : sama-sama ler kita membersihkan kawasan rumah dan bekerjasama dalam memerangi penyakit denggi.

Comments

Popular posts from this blog