Lori Tangki ATM Digunakan Bagi Menghantar Air

sumber : google


Air...Air...Air...Negeri Selangor telah dikenakan catuan air bermula semalam. Ada tempat langsung tak der air terpaksa lori-lori tangki menghantar air ke kawasan-kawasan tertentu.  Ada tempat selain dari lori SYABAS, lori tangki ATM digunakan seperti gambar di atas.

Dengarnya lepas ini catuan air akan diikuti oleh negeri-negeri lain.  Negeri kelahiran aku, Melaka pun akan membuat catuan jugak.  Jikalau hujan tak turun dan cuaca panas kering sehingga bulan April ini, Negeri Melaka dijangka akan mengenakan catuan air. Masa ini tong-tong air akan naik harga ler.  Kita seharusnya buat persiapan dari sekarang.  Beli tong-tong dan tangki-tangki septik dari sekarang.  Simpan air dan jimatkan penggunaan air.

Kalau ada yang menanam pokok bunga tu tak perlu ler nak sayang sangat siram air pagi petang. Siram sekali jer cukup @ 2 hari sekali pun boleh.... Nasib baik aku jenis tak suka tanam pokok bunga.  Tak der masa nak layan pokok-pokok bunga ini.  Hobi aku lain.....kumpul stem...tak perlukan airkan.....hihi...


MP :  Kalau cerita fasal air memang tak habis-habis....sana sini orang bercerita fasal air....Air adalah nyawa manusia..hargailah air semasa ada....

Comments

Popular posts from this blog