Saturday, February 8, 2014

Waktu Operasi Klinik Kesihatan Dilanjutkan

sumber

Sebanyak 72 buah klinik kesihatan di seluruh negara akan melanjutkan operasi perkhidmatan bermula dari pukul 8 pagi ~ 11 malam setiap hari.  Ia termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum.  Ini berikutan peningkatan wabak denggi.


Oleh yang demikian langkah yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan merupakan langkah terbaik bagi membendung kes wabak denggi yang dilaporkan di seluruh negara.  Mengikut rekod semenjak Januari sehingga 2 Februari sebanyak 9,453 kes denggi yang dilaporkan berbanding 6,894 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Sila semak waktu operasi klinik kesihatan di tempat anda yea.....


sumber

MP :  Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati.......