Tuesday, March 18, 2014

ABC Dan Rojak Di Kampung Jawa Melaka

ABC
Hari ini aku ada kerja luar. Survey barangan elektrik di beberapa kedai area Bandar Melaka.  Masa on the way tengah hari tadi ada road block JPJ pulak betul-betul di lebuh AMJ, nasib baik tak kena tahan...lepas....cermin kereta aku memang gelap bukan tinted tapi chrome from Japan.....

Rojak
Setelah 2 kali pusing cari tempat parking tadi aku singgah makan ABC dan rojak di kedai mamak Kampung Jawa Bandar Melaka.  Dah lama tak singgah makan di kedai nie. Kampung Jawa pun dah makin berubah....tak lama lagi akan ada pembangunan di situ yang diusahakan oleh syarikat Hatten Square.

MP :  Dah 4 hari berturut-turut bumi ini dibasahi hujan rahmat....Alhamdulillah....