Thursday, March 27, 2014

Apa Yang Menariknya Tudung Ariani ?


Apa yang menariknya tudung Ariani ini ?  Aku rasa takder yang menarik sangat pun. Tetapi disebabkan aku dah terima sms sebagai member dari pihak Ariani ....hati nurani ini memang melonjak nak tengok keluaran tudung terbaru.

Terus terang aku cakap masa aku pergi lewat petang ahad lepas memang suasana tak ramai sangat.  Mungkin ada yang dah datang awal agaknya. Koleksi terkini tudung Dato CT Nurhaliza memang bukan taste aku .....Aku cari yang simple dan mudah disarungkan seperti tudung syria. Promosinya berlangsung dari 21/03 ~ 30/03/2014 (10 hari sahaja). Diskaun sehingga 50 % + diskaun kad ahli. (harga macam sama seperti biasa jer)

Mengenai harga aku rasa tak ler murah sangat seperti yang dicanangkan. Mahal jugak...tudung yang paling murah dalam RM 15 sehelai tapi warna plain pun bukan taste aku jugak.  Aku memang cerewet memilih tudung.  Biar alah membeli tapi menang memakai.

So apa yang menariknya tudung ariani ini ? Dutanya ker @ potongan diskaunnya ker @ jenis kainnya ker?  Bagi aku harganya boleh tahan....(mahal @ murah)

MP :  Oleh kerana my hubby dah lama tunggu kat luar terpaksa ler aku capai satu tudung ariani yang berharga RM 40 sehelai selepas diskaun......sebab dia dah cakap banyak kali pergi tak pernah beli.....aduhai.....