Sunday, March 2, 2014

Cuaca Panas Minum Ice-Cream

Photo: LIKE kalau pernah makan aiskrim legend ni.

Psst: Fuh kalau dapat time tengahari macam ni memang ngam.
sumber
Dari semalam sehinggalah sekarang cuaca di Melaka memang rasa panas berdengkang (loghat Melaka) @ berbahang.  Kita digalakkan banyak minum air dan jangan suka-suka nak terdedah pada kepanasan cahaya matahari.


Time musim panas ni tekak memang memanjang nak minum air batu. Dalam peti ais memang dah tersedia ice cream dari pelbagai perisa.  Tetapi aku dah lama tak minum ice cream malaysia seperti dalam gambar di atas.  Sedapnya kalau dapat menikmatinya dengan pelbagai perisa.  Perisa yang aku suka perisa asam masin, memang sedap. 

Masa zaman sekolah dulu tiap-tiap petang mesti beli ice cream malaysia. Masa dulu harganya dalam 0.05 sen jer.  Sekarang tak tahu ler pulak berapa harganya.  Uolls rasa berapa harganya sekarang........?

MP :  Suka pergi tempat yang ada air-cond......kalau balik rumah terasa bahang panasnya......aku baru balik dari Aeon Jaya Jusco saja round ambil angin sejuk.....