Saturday, March 22, 2014

Hukum Memakan Daging, Isi Belangkas dan Telurnya


SUMBER

Sapa kat sini yang suka makan daging @ isi belangkas juga telurnya ?
Aku memang tak pernah makan dan aku tak berapa suka dengan telur belangkas.  Tak tertelan rasanya.....Teringat kawan aku yang yang sorang ini memang suka belangkas, siap masakkan untuk aku.....tapi tekak aku nie memang tak boleh telan belangkas, tak tahu ler macam mana rasanya.  Ada orang memang suka dan ada yang tak pernah rasa.

Dalam masa yang sama ada yang pertikaikan sama ada belangkas boleh dimakan atau tidak.  Di sini aku share Fatwa hukum memakan belangkas.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
     
  2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging, isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
kredit : sumber

MP :  Tapi kalau dah masuk tentera dan operasi di dalam hutan belangkas menjadi menu santapan...tolak tepi tak reti makan atau tak.....hihi....