Friday, March 14, 2014

Keyword 'Orang Awam Boleh Masuk Kem Terendak'?

Keywords
orang awam boleh masuk kem terendak?


Dalam minggu ini ada terselit keyword 'orang awam boleh masuk kem terendak' ?  Ini mesti pencari maklumat ini nak info dengan lebih detail lagi.
Dalam pengetahuan saya orang awam memang boleh masuk Kem Terendak. Tetapi ada peraturan untuk memasuki kawasan kem.  Untuk memasuki kawasan kem anda akan ditahan di pintu masuk oleh pihak kem biasanya anggota MP atau tentera yang bertugas lengkap dengan senjata....(jangan gabra pulak).  

Memang mana-mana kawasan kem tentera akan ada anggota tentera yang bertugas di setiap pintu masuk kawasan kem.  Kad pengenalan akan ditinggalkan di pintu masuk kem.  Untuk pengetahuan, di dalam kawasan Kem Terendak ada sebuah hospital tentera.  Orang awam boleh mendapatkan khidmat hospital di dalam kawasan kem. (aku pernah mendapatkan rawatan di hospital Kem Terendak).

Jikalau kita masuk ke dalam kawasan kem terdapat banyak unit, di setiap unit pun ada kawalan keselamatan di pintu masuk unit.  Pintu masuk Kem Terendak boleh dimasuki melalui pintu depan di Sungai Udang @ melalui pintu belakang di Tanjung Bidara (berhampiran pantai).

sumber
Di dalam kawasan kem ada terdapat kolam renang dan terbuka untuk orang awam (dah lama tak pergi di kolam renang...sekarang tak tahu ler...). Di setiap kem tentera ada terdapat Kedai Pernama untuk kemudahan anggota tentera.

Ada sekolah MRSM Terendak, sekolah menengah dan sekolah rendah di situ. Memang banyak kemudahan disediakan untuk ahli keluarga anggota tentera.

Semoga pencari maklumat dapat maklumat yang tepat untuk memasuki kawasan kem.  Tak semua kawasan kem orang awam dibenarkan masuk tanpa sebarang urusan.  Tapi aku dah banyak kali memasuki kawasan Kem Terendak. Maklum ler atas sesuatu urusan.

Nak tahu juga apa tujuan kita memasuki kawasan kem ?  Kalau tanpa tujuan tak perlu ler masuk yea......Kalau nak masuk juga...apa kata join tentera dan ikuti latihan ketenteraan di PUSASDA......

MP :  Walaupun dapat masuk ke dalam kawasan kem tetapi ada tempat-tempat ditulis dilarang masuk....