Thursday, March 13, 2014

Lagi Kisah BR1M

di Bank Simpanan Nasional

Hari ini aku nak story kisah BR1M.  Minggu lepas (sabtu) ada lagi pemberian BR1M. Untuk kesekian kalinya my hubby pergi ambil. Dia kata kalau pergi pagi sure orang ramai. Memang ramai sangat yang beratur sampai ke jalan raya.

Dia sampai di dewan berkenaan hampir jam 12 tengahari.  Ingatkan orang dah kurang tapi que tak putus-putus....ramai sangat kali ini. My hubby beratur dan bila hampir turn dia ...tup-tup orang yang kat depan dah dapat cash money sampai kat turn my hubby dapat voucher jer dan kena redeem pulak di bank. Amik ko....dah tahu ramai yang menerima BR1M sepatutnya sediakan money tu satu lori...bukan ker senang.....

Besoknya pagi (Ahad) balik dari Tesco kelam kabut pergi UTC, di tingkat 1 ada BSN dan voucher BR1M boleh redeem di situ.  Sampai kat kaunter BSN bagi IC dan bila time scan...IC tak boleh baca pulak.....terpaksa ler naik ke tingkat dua di Jabatan Pendaftaran buat IC baru...dah kena bayar RM 10.  Sampai kat depan Jabatan Pendaftaran kelihatan ramainya orang yang menunggu giliran....nombornya banyak.....nak tak nak terpaksa ikut turn...masing-masing cakap IC tak boleh baca kalau ambil duit di bank, terpaksa buat IC baru.

Aku tinggalkan my hubby kat situ, aku balik rumah buat persiapan untuk masak dan kemas rumah.  2 jam lepas tu aku ambil my hubby kat UTC dan pukul 2 petang IC baru siap.  Balik lagi sekali ke rumah.....lepas tu aku pergi basuh kereta.  Dalam jam 2.30 petang nak hantar dak kakak ke Melaka Central selepas habiskan cuti sem selama seminggu.  Dia naik bas Delima Ekspress dan kebetulan syarikat bas Delima ada buat promosi dalam RM 10 jer untuk laluan Melaka ke TBS.  Setel drop dak kakak kat MC aku bergegas kembali ke UTC semula.  IC siap dalam pukul 2 petang.  Proses ambil IC memang sekejap jer, tapi proses untuk buat tu yang lambat...time ambil IC masih lagi ramai orang menunggu untuk buat IC. 

Pesanan dari pegawai JPN, IC tidak boleh digosok pada cipnya, selalunya kalau tidak boleh diguna pihak bank suka menggosok pada cip IC menggunakan pemadam. Patut ler asyik nak kena tukar IC.


di Jabatan Pendaftaran
Dah siap turun ke tingkat satu di BSN untuk redeem voucher BR1M.  Ada ler rezeki kita hari tu.  Penat aku weeeiiiii berlari ke sana sini ...turun naik tangga UTC dan hari tu aku dah jadi macam lori tanah.... banyak trip aku hari tu. Dari pagi round sekitar town sampai le ke malam....(nasib baik jarak rumah, UTC dan Melaka Central tak jauh...untungnya dok kat town.... banyak kemudahan....).  Kalau tak kerana BR1M.....aku tak macam nie....duit tu guna untuk beli keperluan anak-anak dan selebihnya disimpan........

MP :  Rezeki jangan ditolak....