Monday, March 17, 2014

Laukku Cukup Masin


Entry ini mungkin agak klise sikit sebab aku nak story fasal harga makanan. Lauk daging lembu yang aku beli seperti gambar diatas berharga RM 7.00. Memang aku rasa mahal sebab cara pengiraan yang dibuat oleh cashier kedai itu agak mengelirukan.  Dalam masa yang sama aku beli 2 ekor ikan selar dan hanya kuah asam pedas.  Jumlahnya RM 16.00...mahu tak terkesima aku dengan kiraan harga makanan tu....

Bila aku gertak tanya berapa harga ini dia kata harga daging mahal sekarang. Please ler jangan nak kelirukan pembeli...dorang masak semuanya daging kotak, mana ada daging lembu fresh. Daging fresh sekarang memang mahal sekilo sekarang dah lebih RM 20.  Bangkrup ler kedai makan nie kalau guna daging fresh. Setahu aku daging kotak lebih kurang 1 kilo RM 10 kalau kat pasar raya Mydin.  Kita dapat rasa dan bezakan daging fresh dengan daging kotak.

Malas aku nak bertekak dengan cashier tu ...hulur duit bayar jer....next time jangan pergi kedai yang mengira harga makanan yang mengelirukan pembeli. Kedai ini aku dah bagi pangkah.  Takkan masuk dengan karenah peniaga begini.

Daging kotak = daging yang diimport
Laukku cukup masin = pengalaman

MP : zaman sekarang kena berjimat....selangkah kita keluar dari rumah...duit...duit....duit...