Tuesday, March 4, 2014

Le Tour De Langkawi Di Hang Tuah Mall Melaka

sumber
Hari ini pelepasan Le Tour De Langkawi 2014 akan berlepas dari Hang Tuah Mall Melaka menuju Pontian, Johor.
Jarak antara Melaka ke Pontian sejauh 199.1km.  Rider akan menempuh zon pecut dan zon pendakian antara laluan tersebut.

Le Tour De Langkawi telah bermula pada 27 Februari 2014 ~ 8 Mac 2014. Jumlah jarak kayuhan iaitu 1495.9 km.

Malam tadi semasa aku berada di laluan Hang Tuah Mall Melaka, kelihatan trak-trak bomba sedang sibuk menurunkan barang-barang Le Tour De Langkawi di tepi jalan.  Ada beberapa khemah telah siap didirikan dan banner-banner laluan siap digantung di tempat laluan rider.

Aku telah terserempak dengan rider Anuar Manan bersama seorang perempuan (may be tunangnya kot) sedang melintas jalan. Tak sempat pulak nak ambil gambar suasana malam tadi.  Mesti meriah sambutannya sekarang di jalan Hang Tuah Mall.

Team yang menjadi pilihan aku sudah tentunya team Terengganu Cycling Team (TSG).  Pelumba yang akan menggalas cabaran TSG di pentas perlumbaan berstatus 2HC (hor category) kali ini diketuai oleh pelumba hebat Anuar Manan. Pelumba lain terdiri daripada Muhammad Adiq Hussaini Othman, Mohd Harris Salleh, Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin dan Mohammad Saudi Mat Senan.

sumber
Klik di sini banyak info menarik mengenai Le Tour De Langkawi.

MP :  Teringat Le Tour De Langkawi pada tahun 2006 rider lalu depan rumah......