Wednesday, March 19, 2014

Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah


Hari sabtu lepas ada majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 di sekolah anak. So far aku memang tidak pernah miss untuk hadiri mesyuarat yang diadakan.



Sebagai parent kita patut hadiri mesyuarat agung PIBG yang diadakan. Kenapa ia penting ?  Di dalam mesyuarat agung PIBG biasanya ada agenda yang dibincangkan untuk anak didik kita sekaligus merungkai permasalahan anak kita di sekolah berkenaan.  Kalau kita tidak hadir macam mana pelbagai rancangan boleh dilaksanakan.  Sudah tentu segala yang nak direncanakan akan tergendala dan terbantut.


Pada majlis berkenaan ada persembahan murid-murid tahun 3 seperti di dalam gambar.  Anak aku join sekali persembahan berkenaan.


Selesai persembahan ada pertandingan mewarna untuk murid tahun 1 ~ tahun 3.  Sekali lagi anak aku join sebab ramai murid yang dah balik.  Apalagi dapat hadiah saguhati jer.....kira ok ler tu....



MP :  Minggu yang sibuk......