Thursday, March 20, 2014

Pulau Perak Malaysia

kredit : sumber

Kedudukan Pulau Perak ialah Latitude: 5° 42' 0 N, Longitude: 98° 55' 60 E, iaitu lebih kurang 45 minit penerbangan dengan Nuri dari TUDM Butterworth. Ia merupakan salah satu FOB (Forward Operation Base atau Pengkalan Barisan Hadapan) yang terletak di tengah-tengah Selat Melaka.

Sebelum ini kita tidak tahu di mana Pulau Perak sehinggalah Pulau Perak ini menjadi popular bila mana ia disebut mengenai pesawat MH370 yang hilang.   Tetapi sebelum ini ada kes helikopter Nuri yang menghantar bekalan makanan terhempas di Pulau Perak, mungkin pada masa itu kita terlepas pandang mengenai Pulau Perak.

kredit : sumber


Pulau Perak adalah sebahagian dari Negeri Kedah.  Pulau ini merupakan pulau batu granit dan terletak di tengah-tengah Selat Melaka antara Kedah dan Sumatera.  Pulau ini merupakan sebuah pulau yang indah dan kaya dengan flora dan fauna.....ia merupakan kawasan perlindungan laut (Marine Protected Area).
Di sini terdapat Kem Tentera dari RSD, untuk naik ke atas terpaksa mendaki lebih kurang 480 anak tangga  untuk sampai di puncak pulau ini. Ia juga adalah kawasan larangan bagi orang awam.

Joe Peace's photo.
kredit :sumber
Oleh kerana lokasi yang terletak di tengah-tengah Selat Melaka, pulau ini merupakan lokasi yang penting bagi negara kita mengawal keadaan di Selat Melaka.
Credit : Sumber 
Lagi kisah mengenai Pulau Perak di SINI

MP :  Puas aku google maps bagi mencari Pulau Perak tapi imejnya kurang jelas......