Wednesday, March 5, 2014

Ucapan Panglima Tentera Darat Sempena HUT Tentera Darat Ke 81


Photo: INTIPATI UCAPAN PAT SEMPENA HUT TD KE -81, 2014

1) saya sesungguhnya berasa amat teruja dan bangga melihat kesegakan dan kekemasan perbarisan yang diperagakan saudara saudara pada pagi ini. ia adalah indikatif kepada rakyat dan negara bahawa tentera darat adalah sebuah organisasi yang kukuh lagi utuh kesatuan dan persatuannya. sebuah organisasi yang tidak tergoyah kekuatannya. terima kasih dan syabas.

2) pada hari ini, 81 tahun yang lalu di tempat keramat inilah 25 orang anak muda melayu dengan semangat yang membara telah menyahut seruan ibu pertiwi mempertahankan kedaulatan bumi bertuah ini.   di sinilah lahirnya kita dan di sini sejarah kita terukir.  sebuah kompeni percubaan tentera darat kini telah berkembang pesat dan dengan gahnya menabur bakti menjulang jalur gemilang di persada dunia. 

3) di sepanjang tempoh ini, tentera darat telah mencurahkan bakti dalam pelbagai misi dan gerakan bagi mempertahankan kedaulatan dan memartabatkan maruah negara.  daripada perang dunia kedua, konfrontasi, darurat, ancaman anasir-anasir komunis mahupun pencerobohan di lahad datu telah mendewasakan kita dan tercatat dalam lipatan kegemilangan negara.

4) tentera darat turut menyerlah dalam penglibatan misi keamanan dunia sejagat baik di bawah panji-panji bangsa- bangsa bersatu mahupun misi-misi kemanusiaan.   selain dari aktif terlibat sebagai pemerhati, tentera darat turut terserlah di namibia, somalia, kemboja, bosnia herzegovina, timor leste, afghanistan dan terkini di lubnan.  kita juga telah diberikan kepercayaan mengetuai international monitoring team (imt) di mindanao, filipina yang kini hampir ke titik noktah. satu lagi kejayaan membanggakan tentera darat.

5) nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini tidak datang bergolek. semuanya dibina oleh pengorbanan yang tidak terhitung nilainya. banyak roh bercerai jasad gugur sebagai bunga bangsa, isteri pula menjadi balu dan anak menjadi yatim piatu.  tidak kurang juga yang cedera kekal hilang upaya.  mereka ini gadaikan jiwa raga demi maruah demi negara.  marilah sama-sama kita doakan agar roh para pahlawan yang telah gugur semasa mempertahankan bumi tercinta ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada. semoga keluarga mereka juga dikurnia allah subhanahu wataala dengan kesabaran dan ketabahan mengharungi cabaran sisa hidup mereka.

6) perubahan landskap geo-strategik serantau dan global yang kian kompleks secara langsung  mempengaruhi keselamatan negara. ancaman keselamatan ini bukan sahaja menggugat ketenteraman awam, malahan turut mengancam keutuhan wilayah dan kedaulatan negara. situasi keselamatan ini boleh bertukar bila bila masa dan akan menguji tahap keupayaan dan kesiagaan tentera darat sebagai benteng utama pertahanan negara. 

7) bertepatan dengan landskap keselamatan ini - peranan kita yang semakin mencabar. kita tidak boleh alpa dan leka. justeru, tentera darat telah memilih tema tentera darat teguh siaga, atm gah, atm perkasa bagi tahun ini.  tema ini menuntut kita untuk bersatu kukuh dan bersiap sedia bagi menangani apa jua cabaran semasa dan mendatang kerana kita adalah tulang belakang, nadi dan teras kekuatan angkatan tentera malaysia.  diyakini peningkatan keupayaan ini secara langsung akan memberi impak positif sekaligus melonjakkan angkatan tentera malaysia menjadi angkatan yang gah lagi perkasa dan negara meraih manfaatnya.

8) seiring dengan pelan pembangunan strategik atm           4th dimension malaysian armed forces (4d maf) dan pelan pembangunan strategik tentera darat army 2 10 plus 10, tentera darat telah merancang untuk memperkukuhkan kesatuan dan mempertingkatkan kesiagaannya bagi  membolehkan tentera darat mampu mempertahankan dua wilayah (two theatre) secara serentak.  melalui platform dan parameters ini, tentera darat akan terus berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan pembangunannya mewujudkan sebuah angkatan objektif yang versatil dan ampuh. 

 
9) terkini, berkuatkuasa pada hari ini tentera darat telah menubuhkan markas pemerintahan wilayah timur  di kuching, sarawak dan markas task force 450 sebagai nukleus kepada penubuhan divisyen ke-5 di sabah. realignment secara ad hoc formasi dan unit ini adalah pendekatan jangka pendek tentera darat ke arah memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan di wilayah timur.

10) manakala briged sempadan pula telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai briged ke-30 infantri yang mana skop penugasannya akan diperluaskan. ia membuka ruang penubuhan briged lain yang seumpamanya nanti. 

11) misi utama tentera darat adalah untuk mempertahankan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara serta kepentingannya dengan menyediakan sebuah angkatan darat yang mampu bertindak dan beroperasi dalam pelbagai spektrum peperangan. 
oleh itu bagi meningkatkan keupayaan mobiliti dan kuasa tembakan, tentera darat telah membuat perolehan kenderaan perisai 8 x 8 sebanyak 257 buah ke dalam perkhidmatannya. insya-allah kenderaan perisai ini akan diterima secara berperingkat mulai tahun ini. manakala aset yang sedia ada akan diprogramkan pemugarannya.

12) tentera darat juga turut merancang untuk mempertingkatkan keupayaan dan sistem komunikasinya melalui perolehan alat komunikasi pada tahun ini dan tahun berikutnya.  future soldier system juga sedang diolah kerana ia adalah pendekatan terbaik yang dapat diberi untuk menentukan keupayaan anggota tentera darat berada di tahap yang terbaik dan trilogi man, machine and method dapat digembleng  sepenuhnya.   ke arah itu, tentera darat akan bekerjasama dengan industri pertahanan bagi menentukan rancangan tentera darat ini dapat dibangun dan direalisasikan secara berterusan.

13) dari segi pembangunan anggota atau software, tentera darat sedang merangka pengstrukturan semula pusat latihan panglima tentra darat dengan mengujudkan sebuah akademi tentera darat. beberapa pusat dan institut ini akan digabung dan kerangka kursus akan di kaji agar ia memenuhi keperluan semasa dan akan datang. ini merangkumi pembangunan pegawai dan anggota lain pangkat tentera darat. 

14) di samping itu juga, tentera darat telah mengambil kira keperluan mengukuhkan elemen intangible dengan memberi penekanan kepada peningkatan tahap keselesaan bekerja dan kualiti hidup warganya. ke arah ini, tentera darat akan meneruskan program pembangunan kem-kem di bawah projek army care dan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera. satu acuan yang telah tinggalkan mereka yang terdahulu.

15) melalui program army care yang dilancarkan pada tahun 2009, tentera darat telah berjaya menyiapkan empat buah kem dan pembinaan tujuh buah kem lagi sedang rancak dilaksanakan. manakala, sepuluh buah kem lagi telah dikenalpasti untuk dibangunkan dalam masa terdekat. army care ini adalah benchmark pembangunan infrastruktur bangunan kem-kem tentera darat.

16) walaupun dalam keadaan kekangan peruntukan kewangan, tentera masih mampu meneruskan rancangan pembangunannya.  sebahagian daripada program pembangunan infrastruktur ini telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama awam-swasta dan land swap. tentera darat akan terus berusaha dan kaedah terbaik. bagi tujuan ini tentera darat akan melihat dari apa jua segi dan ruang yang ada untuk membolehkan tahap keselesaan bekerja dan kualiti hidup warga besarnya terpelihara. 

17) bagi menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan, warga tentera darat perlulah bersatu teguh serta mempunyai esprit de corps dan moral yang tinggi. warga tentera darat juga perlulah profesional, terampil dan menzahirkannya ke tahap yang membanggakan.  tiada kompromi untuk ini.

18)kemahiran dan pengetahuan boleh digilap melalui pendekatan latihan dan pembelajaran sistematik yang berterusan. walau bagaimanapun, ianya menuntut kita semua bersikap positif pada sebilang masa.   dalam nada yang sama ingin saya tegaskan di sini, tentera darat tidak mempunyai tempat bagi warganya yang berfikiran jumud dan tidak bersedia untuk memacu dan menerima perubahan. tentera darat juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes pelanggaran disiplin, penyalahgunaan kuasa dan tiada ruang untuk parasit dalam organisasi.

19) bagi pemimpin dan pemerintah, saya menyeru agar saudara sentiasa memantau segala perkembangan persekitaran dengan lebih dekat dan mencari kaedah terbaik demi meningkatkan keberkesanan organisasi. jangan takut mengambil risiko atau calculated risk dan sentiasa berfikiran di luar kotak kerana ia jelas akan memberikan hasil positif kepada organisasi. jangan takut membuat perubahan atau membuat keputusan. saudara saudara harus yakin dengan apa yang diputus atau dilakukan. ke arah itu juga, saya menyeru kepada semua pemimpin dan lapisan dalam tentera darat untuk mengamalkan pendekatan bekerja untuk organisasi dan bukan untuk individu kerana pendekatan ini akan mendewasakan tentera darat serta dapat membawa tentera darat ke landasan yang kukuh dan legasi yang membanggakan.

20) seperti yang telah saya maklumkan tentera darat sentiasa berusaha mempertingkatkan keupayaan tempurnya melalui perolehan peralatan dan persenjataan yang moden dan terkini. parameter pembangunan ini telah digariskan di dalam pelan strategik yang telah diolah. namun begitu, semua ini perlu disokong dengan sistem logistik bersepadu dan budaya senggaraan yang menyeluruh. justeru, sistem logistik tentera darat perlu diperkemas dan dipertingkatkan supaya ianya benar-benar dapat bertindak sebagai combat multiplier kepada formasi-formasi tempur. semua ruang dan sela yang boleh menjurus kepada kebocoran dan ketirisan perlu ditampal. bajet yang diberi harus dioptimum dan dimanfaatkan sepenuhnya. organisasi kita harus bersih dan berwibawa. barisan hadapan akan tumpul sekiranya logistik kita tidak mampan.  nilai harga yang akan dibayar adalah besar lagi merugikan.

21) bagi mencapai hasrat ini, tentera darat sedang melihat secara menyeluruh pendekatan yang sesuai yang boleh dipergunakan,  baik kaedah mahupun pelaksanaannya. namun begitu secara asasnya saya berkehendakkan semua lapisan pemerintah berusaha untuk menentukan budaya senggaraan menjadi amalan di kalangan warganya. budaya ini jika diamalkan secara berkesan dapat menjamin semua aset tentera darat berfungsi dengan baik dan jangka hayat aset tersebut dapat dipanjangkan. kita bukan sahaja harus pintar, atau kreatif dan atau inovatif dalam menguruskan sumber yang terbatas atau limited resources ini, tetapi kita juga harus beramanah dan bertanggungjawab. nilai ini bersama dengan sikap berhemah, jimat dan penerapan value for money hendaklah  dijadikan the way forward bagi tentera darat mencapai aspirasinya.

22)  dalam hal ini, apa yang saya nyatakan tadi telah sering diperkatakan dan kerana itu kita mungkin dianggap sebagai tidak kompeten dan ungkapan itu pula retorik semata-mata. saya menganggap ini satu cabaran yang perlu dituntaskan. ini adalah tumpuan saya. ke arah itu, saya berjanji akan merealisasikan perkara ini dan ianya akan menjadi agenda utama pengurusan tentera darat. saya akan walk this talk dan ini janji saya kepada tentera darat. 

23) selain dari itu, sejajar dengan hasrat kerajaan, tentera darat akan melaksanakan segala langkah jimat cermat yang digariskan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. kita akan mengambil langkah-langkah proaktif dalam menentukan tidak ada pembaziran wang kerajaan. semua pemerintah serta warga tentera darat hendaklah akur dengan pendekatan ini, seperti yang telah saya nyatakan dan sasarkan dalam pelaksanaan program dan bajet bagi tahun ini.

24) tentera dan rakyat berpisah tiada. keselamatan dan pembangunan saling seiringan. melalui pendekatan strategi lautan biru kebangsaan (nbos) tentera darat telah membuka lebaran baru dalam peranannya sebagai tentera bakti rakyat. melalui kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, tentera darat telah membina ratusan buah rumah melalui program bantuan rumah, membina jambatan dan jalan-jalan serta membina dan menyalurkan bekalan air bersih kepada masyarakat luar bandar. secara langsung, tentera darat terus menyumbang dan menjadi pemangkin kepada nation building. ia sekaligus meletakkan tentera darat lebih dekat dengan rakyat. segala kekuatan ini perlu kita jadikan teras bagi membentuk sebuah organisasi cemerlang. saya yakin kita akan menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati.

25) usaha kita untuk membangunkan suatu angkatan yang kredibel perlulah digalurkan melalui pendekatan yang mampu menjamin kejayaannya. ke arah itu, saya menyeru agar pendekatan trilogi - man, machine and method dilaksana oleh semua lapisan warga tentera darat dengan penuh yakin dan secara berterusan. pada masa yang sama, kita adalah satu keluarga yang hanya mengenali perjuangan, pengabdian dan pengorbanan - we fight, we live and we survive together. biar sebesar manapun cabarannya, sekiranya kita sepakat, komited dan yakin. saya percaya kejayaan dan kegemilangan akan kita raih secara berterusan. INSYA-ALLAH.

 

NEGARA INI ADALAH NEGARA KITA. NEGARA DI MANA TUMPAHNYA DARAH KITA. NEGARA YANG TELAH DIBINA OLEH KERINGAT DAN DARAH PERWIRA DAN PAHLAWAN TENTERA DARAT. KITA PATUT MEWARISINYA IA DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB. OLEH ITU SEBAGAI PEWARIS, IA KINI TERPIKUL DIBAHU KITA UNTUK MENENTUKAN NEGARA TERUS BERDAULAT. KITA TELAH MENZAHIRKAN SUMPAH DAN LAFAZ KERAMAT UNTUK MEMELIHARA, MENJAGA DAN MEMPERTAHANKAN NEGARA INI DENGAN DARAH DAN MEMPERTARUNGKAN JIWA RAGA KITA.

INILAH SUMPAH DAN IKRAR KITA. JUSTERU, SAYA MENYERU KEPADA SELURUH WARGA TENTERA DARAT UNTUK MEMBERIKAN KETAATSETIAAN  YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA RAJA DAN NEGARA. NYAWA AKAN KITA GALANG GANTI SEBAGAI TANDA PENGORBANAN DEMI KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK.

KE ARAH ITU, KITA PERLU KETEPIKAN SEGALA  KEPENTINGAN PERIBADI DAN TERUS MENGGEMBLENG TENAGA DAN USAHA AGAR KEDAULATAN NEGARA TERPELIHARA DAN RAKYAT MENDAPAT LIMPAHAN RAHMATNYA. AMANAH INI KITA PIKUL DENGAN PENUH KESEDARAN DAN RASA TANGGGUNGJAWAB. SEMUA PETUALANG YANG MENGGUGAH AKAN KITA HAPUSKAN. 

DENGAN ITU, SAYA BAGI PIHAK SELURUH BARISAN WARGA TENTERA DARAT MELAFAZKAN IKRAR TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SELAKU PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. 

TENTERA DARAT JUGA MELAFAZKAN SOKONGAN PADU YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH DI BAWAH PIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA. 

UCAPAN JUTAAN PENGHARGAAN JUGA DIZAHIRKAN KEPADA MENTERI PERTAHANAN, TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN KESELURUHAN WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN DI ATAS SEGALA BANTUAN DAN KERJASAMA YANG TELAH DIHULURKAN KEPADA TENTERA DARAT. UNGKAPAN YANG SAMA JUGA, KITA RAKAMKAN KEPADA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA, POLIS DIRAJA MALAYSIA SERTA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA. 

SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DARIPADA SELURUH WARGA TENTERA DARAT KEPADA MANTAN PANGLIMA-PANGLIMA TENTERA DARAT DI ATAS SEGALA SUMBANGAN DAN PENGORBANAN YANG TELAH DICURAHKAN DALAM MEMBENTUK TENTERA DARAT SEBAGAI ORGANISASI CEMERLANG. INSYA-ALLAH APA YANG DIBINA DAN DIRINTIS INI AKAN KITA PUGARKAN SEKALIGUS MENINGGALKAN LEGASI KEPADA PEWARIS AKAN DATANG.

TENTERA DARAT JUGA MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PIMPINAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT) DARAT DAN SELURUH AHLI-AHLINYA. MEREKA BUKAN SAHAJA MENDAMPINGI MENJAGAI SUAMI DAN KELUARGA  - TETAPI MEREKA JUGA KELOMPOK YANG AMAT CAKNA TERHADAP KEBAJIKAN AHLI KELUARGA TENTERA DARAT. PENGORBANAN MEREKA AMAT TINGGI NILAINYA. MEREKA SRIKANDI YANG TELAH SECARA LANGSUNG MENGUKUHKAN KEBERADAAN TENTERA DARAT. SEMOGA DUKUNGAN BERTERUSAN MEREKA INI DISEMPURNAKAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN MENDAPAT IMBUHAN PAHALA DARI NYA

“TENTERA DARAT TEGUH SIAGA, ATM GAH, ATM PERKASA”
edited by =WRA=
kredit : sumber

Ucapan Panglima Tentera Darat sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 81, 2014 di Port Dickson.

1) saya sesungguhnya berasa amat teruja dan bangga melihat kesegakan dan kekemasan perbarisan yang diperagakan saudara saudara pada pagi ini. ia adalah indikatif kepada rakyat dan negara bahawa tentera darat adalah sebuah organisasi yang kukuh lagi utuh kesatuan dan persatuannya. sebuah organisasi yang tidak tergoyah kekuatannya. terima kasih dan syabas.

2) pada hari ini, 81 tahun yang lalu di tempat keramat inilah 25 orang anak muda melayu dengan semangat yang membara telah menyahut seruan ibu pertiwi mempertahankan kedaulatan bumi bertuah ini. di sinilah lahirnya kita dan di sini sejarah kita terukir. sebuah kompeni percubaan tentera darat kini telah berkembang pesat dan dengan gahnya menabur bakti menjulang jalur gemilang di persada dunia. 

Ucapan seterusnya di  SINI.

Kredit : sumber

MP : “TENTERA DARAT TEGUH SIAGA, ATM GAH, ATM PERKASA”