Adik Sakit Perut


Semalam dak adik muntah kat tempat mengaji, ustaznya telefon cakap dia muntah....habis basah muqadamnya.  Sampai jer rumah muntah lagi beberapa kali.  Bila tanya dia kata perutnya sakit kat bahagian pusat.

So aku tak lengah lagi terus bergegas ke Klinik Zara yang terletak di Jalan Malim, tidak jauh dari kediaman aku.

Di klinik doktor yang peramah itu sempat menerangkan kat aku kalau sakit perut di sebelah kanan bermakna ada apendiks dan merbahaya.  Kalau sakit di tengah perut kat bahagian pusat tu mesti keracunan makanan @ salah makan.
Kalau kat bahagian bawah dada @ ulu hati tu mesti gastrik.  Thanks doktor....

Ada 3 ubat yang doktor beri iaitu Colimix Syrup, ubat muntah dan ubat angin. Caj yang dikenakan iaitu RM 34.00 sahaja.

MP :  Hari ini tak pergi sekolah ler tu...dapat MC......balik tadi aku beli muqadam yang baru.......


Comments

Popular posts from this blog