Saturday, April 19, 2014

Hadiah Top Komentator Di Blog Yumida

Keychain from Bandung

Hari ini Sabtu aku sememangnya kerja setengah hari.  Ingatkan boleh bersenang lenang hari ini.  Tetapi pagi-pagi boss aku dah whatsapp suruh siapkan dokumen dan e-mail padanya.  Now boss aku dah berlepas ke Perth, Australia pagi ini. Sebelum ke Perth banyak paper work dan message yang perlu disetelkan.


Dia pergi ke sana bukan saja-saja nak tengok operasi MH370 tetapi ada urusan yang lebih penting di sana.  Posmen hantar surat pun aku tak perasan. My colleague yang ambilkan dan pas kat aku satu envelop putih belang biru merah kat aku. Terfikir jugak aku sapa ler yang hantar.  Rasanya dah lama tak dapat surat begini.  Dah lama tak menang apa-apa segmen yang blogger anjurkan.  Kalau ada pun sebagai top komentator jer.  Ada beberapa blogger yang berjanji akan mengepos hadiah sebagai top komentator.

Bila buka envelope tengok ada hadiah key chain dan fridge magnet dari blogger Yumida. Cantik hadiah yang diberikannya.  Sebelum ini pernah terima hadiah segmen dari blogger Yumida.  Beliau baru balik bercuti dari Bandung. Untuk top komentator pada bulan Mac di tempat ke 6 beliau bermurah hati untuk memberikan hadiah ini.  Terima kasih banyak yea Yumida.  

Jom kenal dengan blogger Yumida, beliau seorang yang peramah dan rajin blogwalking ke blog kengkawan.  Blog beliau banyak entry-entry menarik yang mesti dibaca.

fridge magnet from Bandung

MP :  Hadiah yang bloggers bagi semuanya dijadikan koleksi peribadi....

Abang posmen bawa ler hadiah ni dengan cermat yea...kesian kat penerima kalau hadiah yang dapat tak sempurna....huhuhu...