Friday, April 11, 2014

I Miss You My Son

sumber

Setiap orang akan ada perasaan rindu sekiranya orang yang kita sayang dan kasihi itu tinggal berjauhan dengan kita....atau bertugas jauh dari kediaman kita.


Begitulah dengan aku rindu dengan my son yang bertugas di Sandakan Sabah. Hari ini dia ikuti kursus Tempur Tanpa Senjata (TTS) selama 2 bulan di sana.  Dah lebih 3 bulan tak bersua dan rasanya tahun depan baru ler dapat berjumpa.  Itu pun kalau dia diizinkan bercuti.  Maklum ler kadang-kadang ada operasi yang wajib diikuti dan masa raya Askar Melayu (RAMD) agak susah nak dapat cuti. Kena bergilir-gilir bercuti keutamaan kepada yang dah berkahwin.  Kalau yang bujang ini memang susah ler.......

Hope my son dapat lakukan yang terbaik sebab pada penghujung tahun ini akan ikuti satu operasi......ingatkan nak ke Sabah pada penghujung tahun ini tetapi dia ada tugas yang lebih penting di sana.....

Hanya penggunaan wechat cara terbaik untuk aku berhubung bertanya kabar.....cara yang termurah.....hihihi....

Buat rekrut baru yang baru nak berjauhan dengan family harus ler bersabar...tugas anda....ibadah anda.....lakukan yang terbaik......

Walaupun tinggal di dalam kem banyak juga nak guna duit...setiap kali operasi atau kursus semuanya kena keluar duit......

MP :  Biar mati bermaruah jangan mati dijajah......